PEMIMPIN SEBAGAI PENDAMAI, BUKAN PEMECAH BELAH - TITAH KDPB SULTAN PAHANG SOKONG SARANAN YAB MB PAHANG.

Oleh : BARD
Mac 12, 2025 - 08:49 MYT
PEMIMPIN SEBAGAI PENDAMAI, BUKAN PEMECAH BELAH - TITAH KDPB SULTAN PAHANG SOKONG SARANAN YAB MB PAHANG.

Seperti kelaziman setiap kali Ramadhan, KDPB Sultan Pahang akan bercemar duli ke seluruh pelusuk negeri dan kali ini, di Kampung Durian Hijau, Jerantut, Baginda telah berkenan merasmikan masjid baharu dan memasyhurkannya dengan nama Masjid Abdul Rahman Auf. Dalam titah perasmiannya, baginda turut mengingatkan rakyat agar menyokong saranan YAB Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang telah menyeru agar para pemimpin yang ada perlulah menjadi pendamai, bukan pemecah belah.
Lihat link

https://pahangmedia.my/archives/45370?fbclid=IwY2xjawI9TQVleHRuA2FlbQIxMQABHRv2De0oa0Y_zDCmpi-78Fv7LKpS5rauG8dfeLsMzAVW7_LeXImC3cMvOQ_aem_oVCpNQ3JzWk35xpPzo9Wtw


Titah ini adalah respons kepada situasi semasa di negara ini. Pelbagai polemik perkauman dan agama cuba ditimbulkan oleh golongan-golongan tidak bertanggungjawab seperti isu kekecohan 3 DJ stesen radio dan cabar mencabar untuk debat antara tokoh India Muslim dan Hindu. Ini bukanlah suatu situasi yang baik untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia. 

Apa yang lebih teruk lagi ialah apabila ada kalangan pemimpin politik yang cuba menambahkan api kemarahan dengan membuat ulasan-ulasan terlampau dalam isu-isu ini. Ini menyerlahkan sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin tersebut. 

Begitu juga dalam soal adendum yang sedang dibicarakan di mahkamah telah dimanipulasi untuk kepentingan politik PAS walhal semua rakyat maklum tindaktanduk pembangkang terhadap Dato Sri Najib yang menghentam beliau siang dan malam sehinggalah belia terpenjara. Isu Adendum dijadikan polemik dikalangan rakyat yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dibimbangi mencetuskan suasana yang sukar dikawal jika tidak ditangani dengan bijaksana.

Kini  parti PAS seolah olah ingin menjadi juara dalam isu adendum serta kedaulatan Raja  dengan maksud tersirat yang dapat difahami selaku parti politik pembangkang di Pahang dan Persekutuan.

Lebih dikesalkan lagi adalah apabila ada kalangan mereka mempergunakan agama menanam bibit kebencian di kalangan rajyat dan pemerintah.Contohnya dalam isu tiada laungan azan di masjid Kg Ayer Kuning, Taiping. Kononnya azan tidak dilaungkan kerana arahan pihak berkuasa, sedangkan hakikatnya ia berpunca daripada masalah teknikal pada pembesar suara masjid.

Pelbagai lagi komentar-komentar berunsur perkauman yang dilemparkan oleh mereka yang membawa imej PAS di media-media sosial secara terang-terang. Tiap kali ada isu, mereka inilah akan kehadapan dan meniupkan api-api perkauman tanpa mengusul periksa terlebih dahulu. 

Dalam masa yang sama, barisan pimpinan tertinggi PAS terus berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan untuk menyejukkan keadaan dan membiarkan kelancangan mulut ahlinya menjadi berleluasa.

Ini jauh berbeza dengan pimpinan BN di Pahang yang dengan pantas membuat kenyataan agar para pemimpin menjadi pendamai di saat kekecohan perkauman ini terjadi.

 Tindakan ini memang wajar, seperti juga titah KDPB Tuanku sebentar tadi yang gusar jika perkara ini dibiarkan, mungkin sengketa kaum yang pernah kita alami 56 tahun yang lampau akan berulang kembali. Setiap pemimpin tidak kira dari pihak mana pun perlulah bertanggungjawab mempertahankan keamanan negara ini, bukannya menambahkan lagi kekecohan, kerana kelak rakyat yang sengsara.

Dalam suasana yang tegang ini, syukurlah kepimpinan negeri Pahang di bawah Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail mampu bertindak bijak dan tidak gopoh dalam menangani isu ini. 

Itulah perlunya memilih pemimpin yang bijak dan elok pekertinya.

 Ibarat kata pantun melayu lama;
Kalau memilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau memilih pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai.

Pemimpin yang baik dipilih oleh rakyat yang bijak kerana hanya jauhari mengenal manikam.

KALAM INSAN.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow