RATU NAGA DISIASAT POLIS, SEJAUH MANAKAH RAKYAT MENILAI PERSEPSI

Oleh : ANAK CILI
Oktober 31, 2023 - 10:00 MYT
RATU NAGA DISIASAT POLIS, SEJAUH MANAKAH RAKYAT MENILAI PERSEPSI

Ekoran laporan polis yang dibuat oleh PKR Bandar Tun Razak terhadap Syarul Ema Rena Abu Samah belau telah dipanggil oleh Unit Siasatan terkelas Bukit Aman semalam. Ianya berkaitan hantaran di media sosial yang dipercayai dimuatnaik oleh beliau yang berbaur fitnah terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang dikenali sebagai Ratu Naga telah diambil keterangan berkaitan hantaran di Instagram dan Tik Tok yang telah mengundang persepsi negatif terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia yang dilihat di instagram Benjamin Netanyahu .

Propagandis seperti Ratu Naga memang cekap melakukan provokasi sedemikian di celah kehangatan kezaliman tentera Israel yang semakin menggila di bumi Palestine. Walaupun hakikat sebenanya gambar tersebut adalah perkara biasa  melibatkan perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Amerika Syarikat pada 21 September lalu.

Perjumpaan tersebut merupakan sebuah tradisi yang diadakan sebagai pentas meraikan semangat demokrasi untuk isteri-isteri pemimpin dari setiap negara untuk beramah mesra dan berkongsi pandangan terhadap isu-isu semasa.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Turkiye, Emine Erdogan yang dilihat mesra dengan Wan Azizah. Bagaimanapun, situasi itu cuba diputar belit kononnya Wan Azizah akrab dengan isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu.

Cuma netizen di Malaysia mudah terbawa emosi sebagaimana insiden yang menimpa Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang tersasul ketika berucap di Perhimpunan Pahang4Palestine di Kuantan baru ini.

Masyarakat mudah dimanipulasi oleh mereka yang sentiasa membuka ruang menimbulkan persepsi negativ untuk melahirkan kebencian. Masyarakat perlu bijak dalam menilai dan bukannya terpengaruh dengan naratif songsang yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang tidak mampu lagi berfikir dan membezakan yang benar atau sebaliknya.

Sebelum ini, pengguna media sosial didapati memuat naik gambar dan video Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 21 Sept lepas.
Sebelum ini, pengguna media sosial didapati memuat naik gambar dan video Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 21 Sept lepas.

Menurut perspektif psikologi, persepsi bermaksud bagaimana kita memberi maklum balas terhadap segala maklumat yang kita terima. Ini bermakna persepsi merupakan suatu proses penerimaan maklumat daripada pelbagai sumber bagi tujuan berinteraksi dengan persekitaran pula. 

Cuma di Malaysia, kebanyakannya hanya berkiblatkan sumber berdasarkan ketaksuban melampau. Hingga pernah ada kata kata berbunyi “Jika dipakukan otaknya sedalam lima inci dengan paku ketaasuban, selagi itulah perasaan taasub yang ada dalam dirinya tidak akan hilang.” 

Akhirnya eloklah kita menelaah ayat ayat Al Quran sebagai pedoman “Wahai orang-orang yang beriman. Jauhilah daripada berprasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengejek sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha penerima taubat, lagi maha penyayang.” (Surah Al-Hujurat, 49:12)

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow