SHAHIDAN & ANUAR MUSA DILANTIK AJK PAS : AYAM PENCEN TERBAIK UNTUK PAS
Sempena penarikan subisdi ayam oleh Kerajaan pada 1 hb November esok, PAS meraikannya dengan caranya yang tersendiri apabila melantik Shahidan Kasim dan Anuar Musa sebagai AJK PAS dilantik.
Perlantikan ini yang dimumkan oleh Takiyudin Hasan Setiausaha Agong PAS tentu sahaja ingin membalas budi Shahidan dan Anuar Musa yang melompat sebagai katak dari UMNO ke parti PAS setelah nama mereka di gugurkan pada dari senarai calon BN PRU ke 15.
UMNO pastinya menadah tangan kesyukuran kerana tiada lagi duri dalam daging. Begitu juga PAS yang kini mendapat kudrat ayam pencen dengan kehadiran Shahidan dan Anuar Musa yang akan melengkapi koleksi ‘vintage’ PAS. Sebagaimana Presiden PAS Hadi Awang yang kekal sebagai kepala Kerengga untuk kesekian kalinya di ketika UMNO sudah bertukar 3 kali Presiden sedangkan PAS masih mengekalkan Presiden yang sama.
Syabas dan tahniah..
Barangkali ianya sesuai dengan cara kempen PAS kini yang akan memanipulasi Islam terancam dan ketuanan Melayu dengan kehadiran dua ayam pencen Shahidan Kasim dan Anuar Musa. PAS boleh belajar bagaimana hebatnya kontroversi Shahidan Kasim dan Istana Perlis .
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/05/24/raja-perlis-jangan-campur
Jika belum cukup PAS boleh sahaja berguru dengan Anuar Musa bagaimana contoh tauladan beliau ketika terpalit dengan kontroversi dengan Istana kelantan.
Nilai nilai tambah keperibadian Shahidan Kassim yang pernah di kaitkan dengan mencabul gadis bawah umur pastinya akan memperkuatkan PAS .
Begitu juga intergriti Anuar Musa ketika menjadi Pengerusi Mara dan Menteri Wilayah akan dapat melonjakkan sokongan rakyat kepada PAS.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mara-gantung-tugas-annuar-musa-130755
Apapun, perlantikan kedua dua mereka Shahidan Kasim dan Anuar Musa sebagai AJK Pas membuktikan PAS boleh sahaja bekerjasama dengan mereka yang dikatakan duduk dalam “Tong Najis” oleh Hadi Awang .
Mereka sentiasa mempunyai alasan atau jika mahu lebih Islamik dikatakan dalil bagi menghalalkan cara. Cuma suka juga diingatkan nak makan ayam pencen ni kena tau caranya, risau patah gigi nak mengunyah.
Tahniah Shahidan Kasim dan Anuar Musa.
Apa Reaksi Anda?











