Jasri tidak setuju agenda Kerajaan Negeri bela nasib anak rantau

Oleh : ANAK CILI
Januari 19, 2024 - 20:29 MYT
Jasri tidak setuju agenda Kerajaan Negeri bela nasib anak rantau

Penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang yang dilancarkan pada 5hb Januari baru baru ini oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang bertujuan untuk membantu anak rantau dari Pahang yang berada di luar Pahang di pandang sinis oleh ADUN PN Kuala Sentul .

https://pahangmedia.my/pahang-negeri-pertama-tubuh-sekretariat-anak-perantau/

Walaupun matlamat penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang bertujuan menjadi One Stop Centre bagi anak anak Pahang yang berada di luar Pahang adalah untuk menjaga kebajikan mereka tetapi malang tidak mendapat sokongan malahan kecaman dari pemimpin politik PN di Pahang seperti Jasri Jamaludin.

Malang sungguh nasib pengundi di DUN Kuala Sentul yang diwakili oleh Jasri Jamaludin dari PN yang langsung tidak memikirkan akan kebajikan anak rantau samada di ibukota Kuala Lumpur atau di mana mana tempat di luar Pahang.Pandangan sinis beliau dalam perbualan what apss group mencerminkan sikap tidak memikirkan kebajikan anak anak Pahang yang berada di luar Pahang dan hanya tahu berpolitik sepanjang masa.

Jangankan mahu membantu anak rantau di luar Pahang, usaha pihak Kerajaan Negeri melalui penubuhan Sekretariat Perantau Anak Pahang pula di bantah. Betullah kata pepatah lama “Jika tidak mampu menjadi garam , jangan pula menjadi langau. Jika kita tidak mampu menolong orang lain jangan pula merosakkan usaha pihak lain yang ingin membantu.

Jasri Jamaludin ADUN PN DUN Kuala Sentul sepatutnya memberikan tumpuan menjaga kawasannya. Sudah banyak kedengaran rungutan mereka yang mengundi beliau pada PRU ke 15 menyesal kerana tersalah pilih. Batang hidung pun payah nak nampak di kawasan, jangan kan kata nak membantu rakyat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow