Kekuatan politik martabatkan agama bukan menunggang agama untuk kepentingan politik

Oleh : ANAK CILI
Jun 1, 2024 - 22:41 MYT
Kekuatan politik martabatkan agama bukan menunggang agama untuk kepentingan politik
Para Hufaz dan Hufazah di MTNP yang cemerlang ini telah mendapat sentuhan dari pemimpin UMNO berbekalkan iltizam di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Menteri Besar pahang yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia Ismail selaku Pengerusi MTNP.

Syumulnya Islam adalah kerana ia tidak mementingkan penjenamaan, melabel sesuatu yang bersifat luaran seperti jubah, kopiah, serban mahupun intitusi seperti masjid dan tahfiz berdasarkan jenama sering menjadi khurafat politik. Tetapi apa yang patut dihayati adalah memartabatkan agama dengan meletakkan agama di tempat sewajarnya dengan tidak menjadikan agama sebagai pelaris untuk agenda peribadi mahupun politik.

Islam tidak mementingkan penjenamaan, tetapi apakah yang terkandung di dalamnya hinggakan ada kaedah fiqh menyatakan “Pengajaran itu di lihat dari kandungan ( benda yang diberi nama bukan pada zahir (nama). Sebagaimana apabila rakyat dikelirukan bahawa hanya Parti Islam SeMalaysia (PAS ) yang menggunakan nama Islam pada parti dapat menegakkan dan memartabatkan agama Islam jelas sekali mengelirukan rakyat yang sering dikelirukan.

PAS tidak pantas dianggap pelupor kepada perkembangan Islam termasuk perkembangan pendidikan Islam di kalangan masyarakat hanya kerana mereka mempunyai PASTI , SRITI dan SMITI. Menghakmilikkan Islam sebagai milik parti politik seperti PAS adalah seperti menjadikan Islam sebagai ideologi sedangkan Islam bukanlah satu ideologi tetapi agama wahyu. Asas kepada penubuhan parti politik bukan bersifat wahyu tetapi hanya sebagai platform sahaja maka sebab itu banyak fatwa halal haram bagi mereka berubah ubah mengikut khurafat politik PAS demi menjayakan agenda peribadi dan parti.

Tanpa menggunakan Islam pada parti , UMNO telah membuktikan kekuatan politik dipergunakan untuk memartabatkan agama melalui pelbagai medium termasuklah bidang pendidikan. Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) misalnya yang tersenarai sebagai sekolah terbaik SPM 2023 menyanggah khurafat politik hanya PAS mampu menyediakan pendidikan Islam. Para Hufaz dan Hufazah di MTNP yang cemerlang ini telah mendapat sentuhan dari pemimpin UMNO berbekalkan iltizam di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Menteri Besar Pahang yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia Ismail selaku Pengerusi MTNP.

Kejayaan cemerlang hufaz dan hufazah  MTNP sebagai sekolah terbaik di Malaysia SPM 2023 menagih keringat , idea dan iltizam yang ikhlas sebagai pemimpin UMNO dengan menggunakan kekuatan politik untuk memartabatkan agama dan bukan memperkudakan agama untuk kepentingan politik sebagaimana PAS . Nasihat kepada PAS, tidak perlu mendabik dada hanya mereka mampu menyediakan pendidikan Islam hanya bersandarkan mereka menggunakan jenama Islam pada parti. 

Tak air hujan ditampung, tak air peluh diurut, tak air talang dipancung menggambarkan segala daya usaha dilakukan asalkan maksud tercapai dan kejayaan MTNP membuktikan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO telah berjaya memartabatkan agama melalui pendidikan berteraskan Islam.

Anak Cili

Pedas Berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow