KEMAMAN KUBU KUAT ATAU KUBUR BUAT PAS?

Oleh : ANAK CILI
November 14, 2023 - 10:00 MYT
KEMAMAN KUBU KUAT ATAU KUBUR BUAT PAS?
Raja Mohamed Affandi calon BN bagi PRK Parlimen Kemaman

Pilihanraya Kecil Parlimen Kemaman yang akan di adakan pada 2hb Disember ini akan memberikan petunjuk kecenderungan rakyat Kemaman selepas setahun PRU ke 15. PN masih lagi percaya bahawa pengundi Kemaman masih lagi terbawa akan Gelombang Hijau.

Tidak pula bagi BN yang merasakan Kemaman bukanlah kubu kuat PAS dan kemenangan mereka ketika PRU ke 15 adalah kerana pengundi mudah terpengaruh lambakan fitnah serta penggunaan wang yang sangat luar biasa jumlahnya  sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Zahid Hamidi pengerusi BN ketika mengumumkan calon PRK Kemaman hari ini.

Faktanya kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU15.

Namun kemenangan PN yang diwakili oleh Che Alias telah dibatalkan oleh Mahkamah Pilihanraya Terengganu pada 26 September 2023 kerana wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihanraya sebagaimana berlaku di Kuala Terengganu. Terbukti kemenangan PN yang diwakili oleh PAS adalah kerana sogokan kepada pengundi pada PRU 15.

PAS tidak boleh mendakwa Kemaman adalah kubu kuat mereka berdasarkan rekod kemenangan BN selama 3 penggal di Kemaman selain hanya memenanginya pada PRU 15 setelah menyogok pengundi sebagaimana yang telah diputuskan di Mahkamah Pilihanraya Terengganu.

Keputusan PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan DUN Pelangai juga yang dimenangi oleh calon Kerajaan Perpaduan BN-PH menunjukkan Gelombang Hijau sudah pun kehilangan momentumnya selepas Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Rakyat di Kemaman juga akan membuat penilaian yang lebih rasional pada PRK Parlimen Kemaman kali ini ekoran tindakan ahli 4 ahli parlimen PN yang beralih arah menyokong PMX. Mereka juga memerlukan Ahli Parlimen yang dapat membawa perubahan di Kemaman melalui peruntukan yang bakal diperolehi jika memilih calon BN yang senada dengan Kerajaan Perpaduan.

Kemaman akan menjadi game changer selepas ini dengan kemenangan pertama  BN dalam PRK selepas PRU 15 di negeri yang diperintah oleh Kerajaan PN. Paling tidak pun kali ini akan dapat mengurangkan majoriti 27,179 memandangkan calon BN yang ditampilkan adalah bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilihat mampu menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Kemaman.

#pedas berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow