Ketua pemimpin Hamas dibunuh di Iran
Ketua pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh di Iran.
Menurut laporan AFP, perkara itu disahkan Pengawal Revolusi Iran.
Sementara itu media tempatan Iran telah membuat pengumuman berhubung pembunuhan itu pada awal pagi Rabu dan ia disahkan Hamas..
Menurut kenyataan Pengawal Revolusi Iran, Haniyeh dan pengawal keselamatan diserang ketika berada di satu lokasi kediaman di Tehran.
Haniyeh ke Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah jawatan Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian.
Setakat ini belum ada laporan pihak yang tampil bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Apa Reaksi Anda?











