Menteri AI pertama di dunia untuk banteras rasuah

Oleh : BARD
September 14, 2025 - 10:00 MYT
Menteri AI pertama di dunia untuk banteras rasuah

Perdana Menteri Albania, Edi Rama yang bakal memulakan pentadbiran penggal keempat melantik menteri pertama di dunia yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI).

Rama memperkenalkan Diella yang bermaksud 'matahari' dalam bahasa Albania ketika mesyuarat bersama Parti Sosialis pimpinannya.

"Diella merupakan anggota Kabinet pertama yang tidak wujud secara fizikal. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menyelia tender awam, sekali gus menjadikannya 100 peratus bebas rasuah.

"Setiap dana awam yang dikemukakan melalui prosedur tender akan sepenuhnya telus," ujarnya ketika mengumumkan barisan Kabinet baharu pada Khamis.

Diella dilancarkan pada Januari lalu sebagai pembantu maya janaan AI menyerupai seorang wanita yang mengenakan pakaian tradisional.

Pada mulanya, AI tersebut berfungsi untuk membantu pengguna platform e-Albania yang menawarkan perkhidmatan dan dokumen.

Setakat ini, Diella telah membantu untuk mengeluarkan 36,600 dokumen digital dan menyediakan hampir 1,000 perkhidmatan melalui platform itu. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow