Letupan dahsyat angkara bunyi misteri dari langit?

Oleh : BARD
September 14, 2025 - 12:00 MYT
Letupan dahsyat angkara bunyi misteri dari langit?

Penduduk gempar dengan kejadian letupan dahsyat yang membinasakan tiga buah rumah manakala empat lagi dilaporkan cedera parah.

Insiden itu berlaku di permukiman Jalan Talas II, Pondok Cabe Ilir, Pamulang, Tangerang Selatan (Tangsel), wilayah Banten di Indonesia ketika waktu subuh pada Jumaat.

Saksi dikenali sebagai Fatma, 60, memberitahu dia turut berasa impak seperti gegaran.

"Saya cuba mencari puncanya setelah terkejut melihat keadaan rumah jiran tetangga yang sudah runtuh," ujarnya.

Menurutnya, tiada api terhasil yang mungkin disebabkan letupan dapur gas atau tong gas.

"Bunyi itu dari atas. Semua jiran mendengar bunyi misteri dari langit," menurutnya lagi.

Kesemua mangsa kini dirawat di Rumah Sakit Hermina, Ciputat dan salah seorang daripadanya mengalami kesan luka terbakar.

Difahamkan, letupan kuat itu turut kedengaran sejauh tiga kilometer dari lokasi berkenaan.

"Bunyinya dapat didengari hingga ke Legoso," kata Tohir, 59. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow