Lagi kes rogol berkumpulan berlaku di sekolah, tiga pelajar dan bekas pelajar ditahan

Oleh : BARD
Oktober 16, 2025 - 12:00 MYT
Lagi kes rogol berkumpulan berlaku di sekolah, tiga pelajar dan bekas pelajar ditahan

Tiga pelajar sebuah sekolah di daerah Baling dan seorang bekas pelajar ditahan kerana disyaki terbabit dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah yang tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, polis menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun pada jam 8.11 malam Ahad selepas dimaklumkan guru disiplin berkenaan rakaman tular anaknya berbogel.

Menurutnya, hasil soal siasat, empat suspek tersebut mendakwa terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular tersebut.

"Siasatan lanjut mendapati empat suspek itu juga mendakwa telah melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada bulan Mei hingga Ogos 2025 di beberapa lokasi termasuk dalam kelas di sekolah terbabit," katanya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow