Langkah Dubai senjata makan tuan 8 lagi Ahli Parlimen PN sokong PMX

Oleh : ANAK CILI
Januari 7, 2024 - 22:23 MYT
Langkah Dubai senjata makan tuan 8 lagi Ahli Parlimen PN sokong PMX

Beriya iya benar nampaknya pemimpin Perikatan Nasional mencanangkan satu dunia bahawa hanya menunggu masa untuk Perikatan Nasional mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Beberapa blogger upahan seperti Raja Petra, Papagomo dan Parpukari gigih mempengaruhi netizen yang mudah menelan bulat bulat apa yang disuap oleh mereka.

Sanusi Md Nor Pengarah Jentera Pilihanraya PN dengan penuh seloka berkata ““Betul lah, memang ada lah. Dia (Ahmad Zahid) pun tak lama dah jadi pakat ketaq (bimbang) sorang sikit. Tak mustahil berlaku, saya yakin tahun ini juga, kalau boleh bulan ini atau minggu ini, lagi syok.

Beliau lebih dilihat mahu terus menimbulkan spekulasi tetapi sebenarnya mahu meyakinkan penyokong PN dan yang paling penting bagi mereka keyakinan Ahli Parlimen PN terutama dari Bersatu.

Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal baru baru ini mengulangi kenyataannya bahawa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti senjata makan tuan. 

Apabila Parlimen bersidang bulan Februari ini, akan berlaku perubahan sokongan 7 hingga 8 orang Ahli Parlimen dari PN dan mereka masih melihat perkembangan politik sebulan dua ini untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Signal yang diberikan oleh Sultan Johor yang akan di tabal sebagai YDPA selepas 31 Januari ini juga sebenarnya adalah noktah kepada cita cita politik mereka yang cuba mengganggu gugat keabsahan Kerajaan Perpaduan.

Sanusi membayangkan perubahan sokongan 5 orang Ahli Parlimen PN, Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat pembangkang kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) akan digunapakai sebagai bentuk perubahan yang bakal dibuat dengan menarik sokongan Ahli Parlimen BN.

GPS yang mempunyai 23 kerusi sudah menyatakan mereka tidak “paloi” kerana bagi mereka kestabilan politik adalah kemakmuran ekonomi bagi Sarawak. 30 Ahli Parlimen BN bukan semuanya berada dalam genggaman PN, katakan hanya 10 orang ahli Parlimen BN bersama PN masih belum cukup jumlah majoriti diperlukan sebanyak 112 kerusi.

Jangan sampai ayam dikejar tak dapat, tangan bau tahi..

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow