Pahang No.1 Produktiviti Buruh, Bukti Kecekapan Pentadbiran MB Pahang

Oleh : BARD
Oktober 31, 2025 - 15:34 MYT
Pahang No.1 Produktiviti Buruh, Bukti Kecekapan Pentadbiran MB Pahang

Negeri Pahang sekali lagi membuktikan keunggulan pentadbirannya apabila mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh tertinggi di Malaysia bagi tahun 2024 dengan kadar 4.9%, jauh mengatasi purata kebangsaan sebanyak 2.4%. Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi lambang kepada kestabilan, kecekapan dan perancangan strategik kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Kejayaan ini didorong oleh prestasi luar biasa sektor pembinaan yang melonjak 15.9%, diikuti sektor pertanian 12.8% dan sektor perkhidmatan 1.4%. Angka ini menunjukkan bahawa setiap dasar pembangunan dan pelaburan infrastruktur yang dilaksanakan kerajaan negeri benar-benar memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Ia juga membuktikan bahawa dasar Aspirasi Pahang 1st bukan sekadar slogan politik, tetapi satu pelan tindakan yang nyata dan berkesan.

Sebaliknya, negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PAS) seperti Terengganu dan Kelantan terus mencatat kadar pertumbuhan ekonomi dan produktiviti yang perlahan. Walaupun sering melaungkan kononnya kerajaan mereka lebih cekap, efisen, hakikatnya data rasmi menunjukkan mereka gagal mengurus ekonomi negeri secara mampan. Hasil negeri kekal rendah, pelaburan luar terbantut, dan peluang pekerjaan masih terbatas bukti bahawa retorik agama semata-mata tidak mampu menggantikan kecekapan pentadbiran dan dasar ekonomi yang kukuh.

Pahang, di bawah Wan Rosdy, membuktikan bahawa kepimpinan yang stabil, berpandangan jauh dan berasaskan fakta mampu membawa negeri ke tahap lebih tinggi. Ketika negeri lain masih sibuk berpolitik dan berpidato, Pahang terus bekerja dengan membina jalan, menyediakan rumah mampu milik, menambah baik kemudahan rakyat dan menggerakkan ekonomi.

Kejayaan ini sekali lagi menafikan dakwaan pihak pembangkang yang sering menuduh kerajaan negeri boros atau gagal. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sendiri menjadi saksi bahawa Pahang kini antara negeri paling produktif dan berdaya saing di Malaysia.

Semoga momentum positif ini dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan demi merealisasikan hasrat menjadikan Pahang sebagai negeri maju, makmur dan berdaya tahan, selaras dengan agenda pembangunan mampan negeri.

Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow