Pahang Tubuh Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang
Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan sekretariat baharu yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk anak-anak peneroka FELDA iaitu Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah bersama 5,000 warga FELDA untuk meraikan Karnival Segalanya FELDA.
“Saya telah berada di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka untuk bersama-sama kira-kira 5,000 warga FELDA di Pahang dalam Karnival Segalanya FELDA. Meriah sungguh karnival ini dengan pelbagai program dan acara telah disusun.
“Ketika merasmikan karnival itu belai turut mengumumkan sebuah sekretariat baharu akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk anak-anak peneroka FELDA Pahang yang berada di perantauan iaitu Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang.
“Sekretariat ini fungsinya sama seperti Sekretariat Perantau Anak Pahang cuma ianya lebih berfokus kepada anak-anak peneroka,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan karnival tersebut.
“Semoga FELDA terus berupaya menjadi sebuah institusi yang unggul dalam memperjuangkan nasib warga FELDA. Insya-Allah. Pahang Prihatin, Rakyat Makmur,” katanya.
Apa Reaksi Anda?











