PAS atau UMNO ada sejarah tunduk kepada DAP?
Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan Perdana Menteri Bukan Melayu kembali dilihat menjadi modal politik Perikatan Nasional. Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan kepada kerajaan agar Kerajaan melaksanakan pilihanraya PBT namun ianya hanyalah cadangan .
Pemimpin Perikatan Nasional juga pernah mendengar kenyataan Naib Presiden Gerakan, (sekarang Presiden) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa sekolah agama dibiayai kerajaan adalah ancaman sebenar kepada perpaduan di negara ini.
Apa yang di suarakan oleh mana mana individu dalam parti politik adalah perkara yang sentiasa akan berlaku tinggal lagi apakah di akhirnya Kerajaan akan akur atau tidak untuk melaksanakan.
Mereka yang opportunist seperti Tuan Ibrahim Tuan Man ( makin goyang apabila ura ura Ahmad Shamsuri Moktar dinamakan sebagai bakal Presiden PAS), Wan Ahmad Fayhsyal dan dan Takiyudin Hasan antara telah mengambil giliran untuk sama sama tumpang semangkuk mencari keuntungan politik.
Mereka juga sebenarpun tahu bahawa pemimpin BN dan ramai orang Melayu Islam dalam Amanah dan PKR juga akan menentang cadangan Pilihanraya PBT dan Perdana Menteri bukan dari Melayu Islam yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Bodoh sangatkan PMX Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin Melayu Islam yang berada dalam Kerajaan Perpaduan untuk tunduk kepada cadangan tersebut? Kerajaan Perpaduan terbentuk dengan syarat syarat yang telah dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi DAP untuk terus mempertahankan perlembagaan negara yang didalammya termasuklah hak hak keistimewaan orang orang Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja Raja Melayu dan Bahasa Melayu.
Cuma PAS perlu juga cermin muka sendiri apabila terpaksa menggugurkan slogan “Negara Islam “kepada “ Negara Berkebajikan” ketika bersama DAP dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 13.
Siapakah yang mempunyai sejarah yang tertulis tunduk kepada desakan DAP?
Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?











