Lucut warganegara Tony Pua bukan dakwa Akta Hasutan

Oleh : ANAK CILI
Februari 6, 2024 - 10:00 MYT
Lucut warganegara Tony Pua bukan dakwa Akta Hasutan
Tarik kewarganegaraan Tony Pua sebagai pengajaran bukannya di dakwa di bawah Akta Hasutan supaya jadi pengajaran

Setiap dari kita diasuh dalam kedewasaan dengan dibatasi oleh apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dengan berasaskan adat dan peraturan lisan turun temurun. Zaman berlalu,peraturan bertulis dicipta selaras dengan keperluan dunia bertamadun untuk memanusiakan manusia disamping menjaga hak hak dan prisnsip keadilan diri, masyarakat dan negara.

Begitu juga hak untuk bersuara dalam demokrasi tidak bermakna boleh melangkau sempadan yang digariskan oleh undang undang. Sejurus selepas Lembaga Pengampunan yang di pengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, opportunist politik seperti Tony Pua mula mengambil tempat memanaskan suasana politik dengan sindirian yang dimuatnaik di fb beliau secara berterusan.

Tanpa ada rasa homat kepada Institusi Raja , sindiran demi sendiran mencabar maruah orang Melayu sengaj di muatnaik dalam bentuk sinis yang secara tersiratnya dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.

Persoalan undang undang sejak dahulu cuba digunakan oleh  chauvinist yang merasakan mereka yang terpaling memahami dan menjunjung keadilan dalam masyarakat. Sehingga lupa ketika mana dipilih sebagai Ahli Parlimen mereka bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebenarnya merekalah yang mencabul sehingga meletakkan Perlembagaan Persekutuan itu diterjemahkan membawa keuntungan politik.

Tiga elemen pengasingan kuasa pemerintah (eksekutif), perundangan (legislatif) dan kehakiman (judisiari) tidak diletakkan sebaris dengan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya berada di bawah hirarki Yang di-Pertuan Agong.

Tony Pua sudah bersara dari politik, tetapi masih mempunyai naluri menghasut kerana percakaran dan pertembungan pendapat sebagai ajuk utama berita seantero Tanah Melayu ini baginya adalah adengan yang membuatkan beliau bertepuk tangan. Apatah lagi subjek yang menjadi sasaran dendam politik Najib Razak sudah terpenjara , Tony Pua sudah lama sendawa dan menarik nafas lega.

Jika rakyat masih ingat bagaimana kempen Tony Pua ketika siri kempen pilihanraya yang menggunakan isu GST yang dilaksanakan oleh kerajaan BN pimpinan Najib Razak menjadi senjata utama beliau. 

Menghasut rakyat  dengan dakwaan kononnya GST menyebabkan rakyat dan negara menderita sehingga akhirnya GST telah ditarik balik selepas Pakatan Harapan menguasai kerajaan. Hakikatnya dengan penarikan balik GST dan memperkenalkan SST negara berdepan dengan kemelut ekonomi yang sukar ditangani keranan kekurangan hasil bagi menampung keperluan rakyat.

Adakah harga barangan kini terus turun selepas perlaksanaan kembali SST menggantikan GST? Tony Pua lepas tangan tetapi yang menanggung akibatnya adalah rakyat yang termakan hasutan beliau.

Isu pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan dijadikan modal terbaru beliau untuk menghasut rakyat yang akan bercakaran malahan jurang perkauman akan semakin melebar akibat hasutan beliau. 

Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sedikitpun tidak akan menakutkan manusia seperti Tony Pua , barangkali dengan melucutkan kewarganegaraan  melalui Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan iaitu  Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 kerana  telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

https://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara25-Ma.Html

Benarlah kata Plato seorang ahli falsafah “Orang baik tidak perlu hukum untuk memberitahu mereka agar bertindak secara bertanggung jawab, sementara orang jahat akan menemukan jalan di sekitar undang-undang”.

Tony Pua perlu dilucutkan kewarganegaraan. Kaduk sudah naik junjung, ulat sudah naik ke mata. Tunggu apa lagi..!!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow