Kes rogol bawah umur: Bila cinta jadi jenayah

Oleh : BARD
Oktober 1, 2025 - 11:00 MYT
Kes rogol bawah umur: Bila cinta jadi jenayah

Merak Jalanan setuju sangat bila Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat enggan menarik balik cadangan supaya undang-undang sedia ada diteliti semula, khususnya mengenai kes rogol bawah umur membabitkan hubungan ‘suka sama suka’.

Sebelum ini ada yang mempersoalkan mengapa dalam kes seks bawah umur hanya pihak lelaki dihukum, sedangkan banyak kes berlaku atas dasar suka sama suka.

Remaja lelaki 16 tahun boleh disabitkan kesalahan berat, tetapi pasangannya dianggap ‘mangsa’ secara automatik walhal dia juga membuat pilihan.

Tetapi mengikut Kanun Keseksaan Malaysia, mana-mana hubungan seksual dengan individu bawah umur 16 tahun dianggap sebagai rogol statutori tanpa mengira sama ada terdapat kerelaan atau tidak.

Bagi Merak Jalanan, tak salah Mohd Yusoff melontarkan cadangan tersebut. Itu hanya pandangan peribadi beliau.

Ini kerana hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka atau bukan paksaan.

Kita perlu membezakan antara kes eksploitasi seksual (di mana ada unsur paksaan, manipulasi atau jurang umur besar) dengan kes suka sama suka antara remaja sebaya.

Undang-undang kata tak sah, walaupun dua-dua mengaku suka sama suka. Lelaki masuk penjara, perempuan jadi ‘mangsa’.

Kita jangan cepat melatah, ia tentang keadilan yang waras. Keadilan mesti ditegakkan dengan saksama.

Remaja hari ini terdedah dengan gajet, media sosial dan budaya global yang membuatkan mereka lebih cepat dewasa dari segi fizikal, tetapi belum cukup matang dari segi emosi.

Kalau benar bawah 16 itu belum matang, maka kedua-duanya perlu dilindungi dan dibimbing. Bukan seorang dihukum keras, seorang lagi dilepaskan!

Bila cinta jadi jenayah, jangan pula biar undang-undang jadi tidak adil.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow