Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam

Oleh : PAHANGKU
November 29, 2023 - 16:32 MYT
Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam
Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Abdul Wahab mengesahkan identiti 'Mr H' dalam rakaman percakapannya dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengupahnya merakam video adalah individu sama dipanggil polis.

Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Abdul Wahab, 33, mengesahkan identiti 'Mr H' dalam rakaman percakapannya dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes itu.

"Pada hari ini kita mengesahkan individu (yang didakwa sebagai 'Mr H') yang dipanggil polis sebelum ini (adalah) orang yang sama.

"Pihak polis sebutkan sebelum ini Wahab cuma perlu tampil dan memberi pengesahan identiti 'Mr H' dan ia dah dipenuhi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow