Doa Qunut Nazilah MP Jasin Huru Hara PN, Isu Semburit Azmin Kembali Panas

Lucu bila dengar kisah Ahli Parlimen Jasin dari PAS yang membaca doa qunut nazilah kononnya untuk “huru-hara politik kerajaan perpaduan”. Katanya nak minta Allah turunkan bala kepada pihak lawan, tapi hakikatnya yang huru-hara sebenarnya ialah dalam Perikatan Nasional (PN) sendiri.
Tetapi malangnya, doa tu telah kembali kepada parti PN. Mereka bertelagah soal siapa patut jadi Perdana Menteri. Kem Muhyiddin berkeras konon beliau masih calon utama, sementara kem Hamzah pula mahu tonjolkan dirinya sebagai pengganti. Tambah kelam kabut bila isu dana PRU15 yang Menteri Besar Kedah kata PAS tidak dapat dana PRU telah mengempar politik tanah air. Bekas Setiausaha Sulit Muhyiddin pula membalas dana PRU telah diagihkan kepada PAS. Isu ini telah menjadi tanda tanya siapa tipu siapa.
Semalam makin panas, pertelingkahan dalaman makin jelas bila Wan Saiful kini menyerang Azmin secara terbuka. Isu “semburit” yang pernah jadi aib politik kini kembali dibangkitkan, dengan dakwaan bahawa video itu sahih. Bayangkan, dalam keadaan mereka melaungkan slogan Islamik, berlegar pula cerita aib lama yang masih menghantui.
Dan yang paling kelakar MP Jasin yang baca doa panjang-panjang itu, kononnya jaguh mempertahankan perjuangan PAS, tetapi dalam pemilihan baru-baru ini, namanya langsung tak terpilih pun sebagai AJK Pusat PAS. Doa untuk orang lain, tapi diri sendiri pun tak lepas dalam parti.
Beginilah bila politik dikuasai oleh dendam, perebutan kuasa dan kepentingan peribadi. Yang menjadi bahan ketawa bukan saja di Parlimen, malah dalam kalangan rakyat. Kalau benar nak berdoa, lebih baik doakan perpaduan dalaman sendiri dahulu, sebab jelas PN sekarang bukan sahaja retak menanti belah, tetapi sudah pecah berderai.
Apa Reaksi Anda?






