PAS PERMAIKAN HUKUM ISLAM ELAK BAYAR HUTANG

Oleh : ANAK CILI
Oktober 23, 2023 - 15:04 MYT
PAS PERMAIKAN HUKUM ISLAM ELAK BAYAR HUTANG

Keluhan hati seorang usahawan Melayu yang menagih hutang dari parti PAS akhirnya menyerlahkan kebobrakan yang tidak dapat di sapu di bawah karpet mewah di Dewan Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam tempat berlangsungnya Muktamar PAS ke 69.

Bayaran mencetak Harakah tidak dijelaskan apabila PAS menggunakan undang undang yang mereka anggap sekular dengan tidak membayar kepada Angkatan Edaran yang telah diistiharkan muflis berjumlah jutaan ringgit. Manakala hutang PAS kepada N.A.J Resources dalam anggaran RM600,000 juga tidak dibayar walaupu tuntutan telah dibuat sejak tahun 2019.

Jika PAS yang dikatakan sentiasa menetukan hukum hakam Islam tetapi mengapakah mereka tidak membayar hutang sebagimana yang dituntut oleh Islam? Apakah PAS hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan dan keuntungan sendiri sebaliknya menggunakan undang undang sekular bagi mengelak dari membayar hutang?
Apakah parti PAS masih miskin dengan memerintah empat negeri Kelantan, Teregganu, Perlis dan Kedah? Jika kutipan Palestine sahaja yang diumumkan pada Muktamar Agong PAS ke 69 mencecah RM2 juta ringgit apakah ada kesungguhan PAS untuk membayar hutang percetakah akhbar Harakah?

PAS boleh berbelanja mewah dengan menyewa Dewan Ideal Convention Centre  di Shah Alam lokasi Muktamar PAS ke 69  dengan pemimpinnya berkereta mewah menjalar di seluruh negara tetapi memekakkan telinga dan membutakan mata membayar hutang yang ditagih bagaikan pengemis sejak 2019.

Dalam ranah agama , PAS bijak menggunaka hukum hakam Islam tetapi hukum hakam Islam tidak terpakai untuk melunaskan hutang. Argumentasi hukum hakam Islam nescaya akan terpacul dalil menghalakan cara PAS. 
Mempermainkan hukum hakam hanya akan mencemaskan maslahah, menggugah masalah dan  mengingkari dakwah Islam yang menjadi topeng politik kepartian PAS.

PAS perlu belajar bagaimana mengurus parti sebelum mampu mengurus negara dan negeri. Kalau belum lepas tali uri , jangan hendak bangkit berdiri. - Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow