Penghulu Lantikan PAS Kelantan Rogol Anak Kandung Sendiri?

Rakyat sekali lagi dikejutkan dengan berita jijik dari negeri yang kononnya digelar “Serambi Mekah”. Seorang penghulu di Pasir Puteh, Kelantan merogol anak kandungnya sendiri adalah lantikan kerajaan negeri di bawah PAS bersama dua anak lelakinya.
Tertuduh berusia 65 tahun dan dua anaknya berusia 24 dan 33 tahun dituduh secara berasingan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Penghulu terbabit didakwa dua pertuduhan, manakala dua anaknya masing-masing didakwa satu pertuduhan.
Inikah hasil daripada pentadbiran yang kononnya membawa “Islam Memimpin”? Inikah cerminan masyarakat yang PAS dakwa sudah diterap dengan nilai tarbiah dan takwa? Bila bab arak dan konsert, mereka bising kononnya mahu jaga moral. Tapi bila penghulu lantikan sendiri terlibat dengan kes sekeji ini senyap sunyi.
PAS sering mendabik dada kononnya kerajaan Islam yang terbaik, tapi setiap kali muncul kes jenayah seksual, rasuah atau salah laku di Kelantan, semua yang terpalit entah bagaimana sering punya kaitan dengan lantikan politik mereka. Bila kena atas batang hidung sendiri, mereka pura-pura buta. Bila orang lain silap, mereka cepat hukum kafir, liberal, munafik.
Mengikut pertuduhan membabitkan bapa, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya yang kini berusia 12 dan 16 tahun di ruang tamu di sebuah rumah di Pasir Puteh sekitar jam 2 hingga 3 petang pada Julai 2025.
Bagi pertuduan membabitkan dua beradik pula, mereka masing-masing didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama iaitu adik perempuan berusia 16 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Pasir Puteh pada petengahan tahun lalu dan 19 September antara jam 12.15 dan 12.30 tengah malam.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta 792 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan sementara tertuduh diwakili peguam, Nik Mohamad Naqib Mohamad Noor.
Apa Reaksi Anda?






