Pahang Jana Ekonomi, Pas Jana Sembang Kosong

Oleh : BARD
Julai 17, 2025 - 12:00 MYT
Pahang Jana Ekonomi, Pas Jana Sembang Kosong

Kerajaan negeri Pahang di bawah pentadbiran Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy terus mengorak langkah apabila mencatat jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur sebanyak RM4 bilion setakat Jun 2025.

Berbanding negeri jiran, Terengganu mencatat RM1.3 bilion dan Kelantan RM1.1 bilion. 

Pertumbuhan ekonomi Pahang sebahagian besar daripadanya dipengaruhi oleh kenaikan dalam sektor pembinaan (37.1 peratus), perlombongan dan pengkuarian (9.6 peratus), perkhidmatan (6 peratus), pertanian (2.5 peratus) dan pembuatan (2.1 peratus).

Kejayaan pentadbiran YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy ini adalah dasar konsisten dan mesra pelabur yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pahang. 

Semenjak dilantik Menteri Besar pada Mei 2018, Pahang telah mencatatatkan prestasi membanggakan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan lain-lain sehingga menjadi negeri paling pesat membangun di negara ini .

Malah, pakar ekonomi juga melihat prestasi positif ini meletakkan kedudukan negeri Pahang ke dalam liga negeri besar di Malaysia seiring Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan.

Pada 2023, kerajaan negeri Pahang berjaya menarik pelaburan komited RM 16.1 bilion.

Disebalik kejayaan ini, ada suara-suara sumbang mengatakan kerajaan negeri Pahang gagal dalam pelbagai aspek. Pelbagai alasan diguna bagi menghasut rakyat Pahang bagi membenci kerajaan negeri yang ditadbir oleh UMNO.

Dipentas-pentas ceramah, mereka melabelkan pemimpin-pemimpin UMNO dengan pelbagai gelaran yang negatif. Mereka menjaja cerita lapuk, membuat naratif negatif, dan menabur janji retorik yang tidak pernah disertakan dengan pelan sebarang perlaksanaan. Seperti kata Menteri Besar “Pas Teraju Pahang hanya slogan, rakyat nak ukur dengan apa?”.

Berbanding UMNO, para pemimpinnya bekerja untuk rakyat. Fokus untuk mengsejahterakan rakyat dan negeri dengan merancakkan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan, membawa masuk pelaburan dan lain-lain. Inilah pemimpin UMNO, pemimpinnya tidak beretorik agama untuk mengaburi rakyat.

Pentadbiran Menteri Besar Pahang bukan sekadar bercakap, tetapi mereka bekerja. Mereka turun padang, berunding dengan pelabur, meluluskan dasar mesra niaga, dan memastikan pembangunan diagih secara adil di seluruh daerah.

Maka tidak hairanlah, kerajaan negeri Pahang diiktiraf dengan diberi Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Negeri Pahang 2023 yang diumumkan oleh Ketua Audit Negara.

Bulan lepas, menerusi laporan DOSM, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 negeri Pahang mencecah 5.7%, menjadikan negeri ke-4 paling pesat membangun di Malaysia.

Dengan kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terutama dalam menjaga kebajikan termasuklah pembangunan infrastruktur, perumahan mampu milik, kebajikan sosial mahupun pendidikan yang merangkumi semua peringkat lapisan umur daripada bayi sehinggalah warga emas. Sekaligus memperlihat keprihatinan kerajaan negeri Pahang terhadap kebajikan rakyat di negeri ini.

Dalam mempastikan negeri Pahang terus membangun seiring rohani, syiar Islam di Pahang terus diperkukuhkan. kerajaan negeri  memperuntukkan sebanyak RM196.06 juta pada tahun ini kepada Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti Negeri Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang. Peruntukan ini bertambah sebanyak 33.53 juta ringgit berbanding peruntukan tahun 2024.

Banyak lagi cerita kejayaan negeri Pahang berjaya telah dicipta pentadbiran Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Tetapi, Pas Pahang tetap menjaja cerita basi tanpa hulu tuju. Terpekik-pekik mereka di pentas ceramah mengatakan kerajaan negeri Pahang gagal, hakikatnya Pas hanya hebat di pentas ceramah, tanpa idea, tanpa hala tuju hanya sembang kosong.

Pahang jana ekonomi, Pas masih terkandas di pentas ceramah!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow