CEO KFA disiasat dan ditahan SPRM terima RM 6 juta MIRIP bekas calon pilihanraya PAS PRU 14?
Berita penahanan CEO KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) adalah antara 4 yang telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan menerima rasuah bernilai RM 6 juta menggemparkan dunian sukan bolasepak tanahair. Penahanan CEO Zulkifli Che Harun turut di sahkan oleh Naib Presiden KFA, Muhamad Radhi Mat Din.
Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden KFA menganggap terdapat pihak yang iri hati dan dengki selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mula dapat membiayai keperluan semasa pasukan.
Betul lah MB Kedah sempoi, jika berlaku rasuah di Kedah dan PAS ianya kerana dengki. Apakah bentuk pemikiran yang ingin di bawa oleh Sanusi seolah oleh tidak akan berlaku rasuah di Negeri Kedah membabitkan mereka yang di bawah pentadbirannya selaku MB Kedah dan keterlibatan mereka sebagai pemimpin PAS?
Pening kepala Sanusi makin berdenyut denyut selepas kes membabitkan bekas Setiausaha Politik dan bekas CEO MBI yang telah dituduh di mahkamah. Sanusi tidak boleh menafikan bahawa kedua duanya adalah mereka yang berada dalam kepimpinan PAS Kedah. Mohamad Hilmi Abdul Wahab yang dituduh menerima rasuah kes REE pernah juga dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kedah.
Muhamad Sobri Osman bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah yang turut dituduh di mahkamah berkaitan kes REE telah dituduh di mahkamah menerima suapan RM 4 juta adalah merupakan calon PAS bagi P017 Padang Serai pada pilihanraya 2018.
Jika di amat amati, CEO KFA Zulkifli Che Harun yang ditahan untuk siasatan menerima rasuah berjumlah RM 6 juta ini MIRIP dengan calon PAS pada pilihanraya ke 14 pada tahun 2018 calon PAS bagi N13 Kota Darul Aman Kedah. Adakah mereka orang yang sama atau cuma pelanduk dua serupa?
PAS baru sahaja di tampuk pemerintahan di terajui oleh Sanusi di Kedah dan terlibat dengan pelbagai skandal melibatkan perlombongan Nadir bumi (REE) dan Persatuan Bolasepak Kedah yang dikaitkan dengan rasuah pembinaan litar lumba serta projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.
The Greater Kedah ni takut bertukar menjadi The Greater Lebai Makan Suap.
Malu kopiah atas kepala.
Apa Reaksi Anda?











