Dari Dubai ke Cameron Highland – Realiti atau mimpi?

Oleh : ANAK CILI
Januari 7, 2024 - 13:38 MYT
Dari Dubai ke Cameron Highland – Realiti atau mimpi?

Tiba tiba sahaja nama Cameron Highland menjadi kompas pelbagai pihak yang sangat teruja dengan Langkah Dubai. Raja Petra – blogger propagandis dijadikan rujukan kononnnya Presiden UMNO telah memanggil kesemua 30 Ahli Parlimen BN ke Cameron Highland.

Dakwaan Raja Petra bahawa Presiden UMNO Dato Sri Zahid Hamidi yang juga Timblan Perdana Menteri ingin bertanyakan kesahihah sokongan dan 120 SD yang kononnya sudah ditandatangani oleh sebilangan Ahli Parlimen BN mengalih sokongan dan tidak lagi menyokong Perdana Menteri PMX.

Hakikatnya , apa yang dinyatakan oleh Raja Petra adalah satu lagi deretan pembohongan yang di jaja di media sosial. Apa yang berlaku adalah  Presiden UMNO sedang dalam rangka kerja lawatan Pasca Bencana kawasan kejadian tanah runtuh di Sungai Rui, Cameron Highland.

Selepas itu beliau menghadiri program Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Cameron Highland yang sudah diatur sejak sekian lama dan tidak ada kena mengena dengan Langkah Dubai dan memanggil 30 Ahli Parlimen BN ke Cameron Highland sebagaimana dakwaan Raja Petra.

Program Jelajah Akar Umbi dimulakan oleh Ahmad Zahid apabila turun berjumpa dengan kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian pada 1 Oktober di UMNO Bahagian Putrajaya; diikuti 7 Oktober, UMNO Bahagian Parit; 8 Oktober, UMNO Bahagian Sabak Bernam, 15 Oktober UMNO Bahagian Alor Gajah dan Bahagian Tangga Batu 18 Oktober, UMNO Bahagian Setiawangsa; 19 Oktober dan UMNO Bahagian Jempol dan Jelebu pada 22 Oktober tahun lalu.

Cameron Highland tidak akan panas sebagaimana Dubai. Politik di Pahang juga boleh dikatakan sejuk dan YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dapat menjalankan tugasnya memastikan rakyat terbela di bawah pentadbirannya.

Jika ada Ahli Parlimen BN yang hadir dalam Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO ianya adalah tanggungjawab ahli parti untuk sama sama berjalan sederap , melangkah seiring dalam apa jua program parti. Raja Petra hanya seorang blogger yang bertanggungjawab kepada sesiapa yang membayar beliau tetapi tidak bertanggungjawab menjaga negara dan rakyat Malaysia ketika ini.


Biarlah penyokong Perikatan Nasional dilambung dengan angan angan, biarlah mereka terbuai dengan lagu yang di dendangkan oleh Raja Petra tetapi sebagai rakyat harus bijak menilai berita yang bersifat propaganda dan realiti politik hari ini. Menukar kerajaan tidak semudah menulis di media sosial.

Rakyat berhak hidup dalam suasana politik yang damai di baluti kedinginan sebagaimana dinginnya bayu menyapa tubuh di Cameron Highland. Takkanlah hanya Raja Petra yang menikmati kedinginan di Kota London sedangkan rakyat di Malaysia kepanasan berhadapan dengan ketidaktentuan politik. 

Raja Petra hanya tersenyum melihat kebodohan sebilangan rakyat Malaysia yang mudah dipermainkan sambil menghisap paip.

Takkan lah kita sebodoh itu.

P/S : Raja Petra dakwa Anwar akan turun ke Cameron Highland dan ada perjumpaan Zahid serta 30 Ahli Parlimen BN di Cameron Highland. Padahal Zahid terus balik ke KL dan Anwar tidak datang pun ke Cameron Highlandhari ini. Cuma ada beberapa ahli Parlimen BN di CH semalam ikut program parti. Memang Raja Petra pembohong no wahid. Walaun bangang tetap percaya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow