PAS-PN Perlu Patuh Titah Sultan Pahang,”Usah Politik Sepanjang Masa”
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan wakil rakyat di negeri itu supaya tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa sebaliknya perlu lebih rajin 'turun padang' menjenguk rakyat di kawasan yang memilih mereka sangat tepat pada waktunya.
Titah ini bukan saja nasihat, tetapi juga teguran tepat ke muka wakil rakyat PAS dan PN di Pahang, yang nampaknya lebih minat jadi penceramah tetap parti daripada menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.
Kebelakangan ini, muka mereka lebih banyak muncul atas pentas politik dari dalam kawasan sendiri. Ceramah ada, provokasi ada, fitnah pun ada. Tapi bila jalan rosak, rakyat susah, banjir melanda hilang terus dari radar dan salahkan kerajaan negeri Pahang.
Sedangkan di pihak Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail sudah terbukti turun ke padang bukan bermusim, bukan mengikut kamera, tetapi secara konsisten dan menyeluruh.
Kerajaan negeri turun ke setiap daerah, dengar masalah rakyat, lancarkan pelbagai inisiatif seperti Program Jelajah Aspirasi Pahang yang bukan sekadar lawatan, tetapi membawa penyelesaian terus kepada rakyat.
Projek-projek pembangunan luar bandar, naik taraf infrastruktur, pembukaan peluang ekonomi dan bantuan rakyat miskin. Selain itu, Usaha menyelesaikan isu tanah, menambah baik kemudahan pendidikan, dan menyalurkan bantuan banjir secara pantas juga menjadi fokus Dato’ Sri Wan Rosdy dan pasukannya.
Berbanding PAS-PN Pahang, selepas PRU 15 tugas mereka hanya membuat propaganda politik murahan dengan memainkan isu UMDAP, pentadbiran Pahang mesti dikalangan orang Islam dan Melayu, Pahang kerajaan sekular, UMNO gagal dan sebagainya.
Saban malam mereka berceramah melemparkan fitnah, pembohongan kepada rakyat. Mereka juga sering terlibat dengan himpunan jalanan dan juga sedang merancang untuk melakukan Himpunan Hogoh Jelai di kawasan Dewan Undangan Negeri Menteri Besar. Inilah mereka, kerja hakiki tidak dilaksanakan tetapi sibuk berpolitik 24 jam sehari.
Titah Tuanku mesti bersebab, baginda tahu mana yang buat kerja dan mana yang sibuk berpolitik.
Justeru itu, eloklah kalau PAS dan PN Pahang ambil titah ini sebagai cermin untuk muhasabah, bukan sekadar untuk disalin ke Facebook dan dijadikan modal ucapan.
Berhentilah berlakon. Rakyat Pahang sudah bijak. Mereka tidak mahu pemimpin yang hanya pandai bercakap, tapi gagal memberi manfaat nyata.
Al-Sultan Abdullah, yang sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan mesra rakyat, bertitah sebagai 'Ahli Yang Berhormat', mereka perlu sentiasa hadir di kawasan masing-masing secara berterusan untuk mendengar keluh-kesah dan memahami keperluan masyarakat terutama yang berdepan kesempitan hidup.
"Saya lebih suka tengok setiap wakil rakyat sentiasa berada di kawasan mereka... kita tumpukan kepada isu rakyat dan penuhi keperluan mereka," titah Al-Sultan Abdullah sewaktu sesi temu bual khas bersama Bernama di Istana Abdulaziz di sini sempena Hari Keputeraan Ke-66 baginda.
Apa Reaksi Anda?











