Muhyidin undur Presiden Bersatu

Oleh : ANAK CILI
November 24, 2023 - 14:08 MYT
Muhyidin undur  Presiden Bersatu
Muhyidin Yasin umum tidak pertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan tahun hadapan

Pengumuman pengunduran Muhydin Yasin hari ini sebagi Presiden Bersatu hari ini dengan tidak akan mempertahankan jawatannya tahun depan tidak mengejutkan. Kemelut yang melanda parti Bersatu yang tidak berkesudahan menguatkan spekulasi yang beliau akan berundur sendiri sebelum diundurkan oleh pihak lain.

Ura ura untuk menumbangkan Muhyidin sudah lama kedengaran memandangkan selama 6 tahun beliau memimpin parti Bersatu, beliau dilihat gagal membawa parti Bersatu untuk menguasai Putrajaya.

"Maka, pada hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya ingin mengumumkan bahawa masa untuk saya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan yang baru telah pun tiba.

"Untuk itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun hadapan," katanya.

Pengaruh Muhyidin semakin tidak diyakini  dapat dilihat dengan tindakan 4 Ahli Parlimen Bersatu beralih arah menyokong Kerajaan Perpaduan. Hinggakan timbul cerita beliau langsung tidak pernah mengambil berat masalah yang di hadapi oleh Ahli Parlimen dan ada dikalangan mereka tidak pernah dihubungi sejak 4 tahun lepas walau dengan satu panggilan telefon sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen yang berpalig tadah menyokong PMX.

Tindakan beliau yang menyelar PAS baru baru ini dengan mendakwa “sokongan PAS sudah tepu dan tanpa Bersatu tidak mungkin PAS dapat menang dengan majoriti besar dan menambah kerusi”, umpama melepaskan geram. Beliau juga kecewa dengan tindakan PAS kebelakangan ini seperti Abang Besar dalam Perikatan Nasional. Jawatan jawatan penting dalam negeri yang ditadbir oleh PAS semua dibolot oleh PAS dan meminggirkan pemimpin dari Bersatu.

Wujud juga kelompok yang mahukan perubahan kepada kepimpinan. Perselisihan beliau dengan Hamzah Zainudin bukanlah satu rahsia begitu juga dengan golongan yang bersama Dr Mahathir yang sama sama menubuhkan Bersatu tetapi kini di sisihkan oleh Muhyidin.

Ditambah pula dengan kes kes mahkamah yang masih berjalan melibatkan 3 tuduhan penggubahan wang haram AMLA tentu sekali memberikan tekanan terhadap beliau. Kontroversi yang melanda membabitkan Dana Jana Wibawa benar benar telah meruntuhkan intergriti beliau yang sering mengagungkan diri bebas  dari salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam.

Jika tiada pihak yang memujuknya untuk menarik kembali keputusan untuk berundur dan tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan tahun depan ini membuktikan beliau memang tidak diperlukan lagi dalam parti Bersatu.

Muhyidin kini bagaikan beras lembab, di jual tak laku , ditanak tak muai.

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow