Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta dan 2 sebatan

Kes Mahkamah yang melibatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Menteri Belia dan Sukan akhirnya terjawab apabila Mahkamah Tinggi hari ini bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.
Jika gagal membayar denda, Syed Saddiq, 30, boleh dipenjara empat tahun.
Hakim Azhar memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah dan kesalahan salah guna harta berjalan berasingan manakala hukuman pertuduhan pengubahan wang haram berjalan serentak.
Beliau memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini namun membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan itu difailkan di Mahkamah Rayuan.
Sudah sampai masanya bagi Syed Saddiq berhenti bercakap soal intergriti , rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan sosial . Beliau bukanlah orang yang layak menempelak pihak lain yang terbabit dengan salahlaku dan menjadikan kluster mahkamah sebagai bahan kempen politik demi kepentingan peribadi.
Sekalipun beliau berhak merayu di Mahkamah Rayuan ataupun sehingga Mahkamah Persekutuan , dalam tempoh itu mengunci mulut berbicara soal rasuah, salahguna kuasa dan intergriti.
Lagi ditekan lagi melawan? Itu antara kata kata penyokong beliau. Cuma melawan rasuah adalah canggung diperjuangkan oleh pengamal rasuah seperti Syed Saddiq Presiden Parti Muda.
Muda muda dah rasuah dan salahguna kuasa
#PEDAS BERAPI
Apa Reaksi Anda?






