ANTARA TARIK BALIK DAN MENANTU TAK BALIK BALIK

Oleh : ANAK CILI
Oktober 18, 2023 - 12:05 MYT
ANTARA TARIK BALIK DAN MENANTU TAK BALIK BALIK
SPRM tidak tarik balik arahan supaya Muhammad Adlan, menantu kepada Muhyidin Yasin Presiden Bersatu tetapi beliau tetap tidak mahu balik

 “Tarik balik” kini sangat trending kerana perkataan tarik balik perlu disebut oleh mana mana Ahli Parlimen supaya dilihat oleh rakyat bahawa Ahli Parlimen yang mereka pilih bukanlah patung cendana atau pasu bunga di Dewan Rakyat.

Makin kuat laungan ‘tarik balik’ makin banyak kemaslahatan rakyat dapat diberikan. Kalau tidak dapat mencelah untuk bangun sepertinya menumbuk di periuk tetapi bertanak di lesung, maka akan ada Ahli Parlimen bingkas bangun dari kerusi menjulang buku Peraturan Mesyuarat membolehkan menunjukkan siapa lebih jargoun.

Belum ada yang dapat mengatasi suara halilintar Radzi Jidin Ahli Parlimen Putrajaya, ‘tarik balik’ beliau ternyata viral di mana mana. Cumanya nada suaranya tiba tiba kembali perlahan dan lunak semenjak bekas Setiausaha Politik beliau sewaktu menjawat jawatan Menteri Pendidikan di tahan oleh SPRM untuk tujuan siasatan isu rasuah tender perbekalan rundingan terus di Kementerian Pendidikan.

‘Tarik balik’adalah perkataan biasa cuma yang luar biasa bila ada menantu tak mahu balik balik. Itu barangkali yang merunsingkan kepimpinan Perikatan Nasional apabila ramai ahli Parlimen PN seperti terkena renjatan elektrik  terus berdiri dari kerusi apabila Ahli Parlimen Kota Melaka meminta penjelasan berkaitan menantu kepada Ahli Parlimen Pagoh yang tak balik balik ke Malaysia apabila diminta untuk hadir bagi siasatan SPRM.

SPRM tidak tarik balik arahan supaya Muhammad Adlan, menantu kepada Muhyidin Yasin Presiden Bersatu tetapi beliau tetap tidak mahu balik. Menyebut  soal menantu tak balik balik adalah sangkaan jahat bagi Ahli Parlimen PN tetapi sangkaan baik hanya boleh berlaku jika menantu Muhyidin balik dan memberikan kerjasama kepada SPRM yang sedang melakukan siasatan berkaitan isu penyelewengan ratusan juta wang rakyat.

Kalau mahu di kati sama berat, dikerat sama panjang dan di uji sama merah, eloklah suruh menantu di suruh balik tetapi bukan diminta tarik balik bila sahaja dibangkitkan hal menantu yang tak balik balik. - ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow