Undi PAS Dapat Bala
Setiap dari kita akan berdoa tidak kira apa agama yang kita anuti agar dijauhi dari bala. Kesialan yang mahu dibuang jauh jauh dari kehidupan bukan sahaja yang menimpa diri malahan keluarga , masyarakat , negeri mahupun negara.
Pun begitu ada juga yang pelik bin ajaib dengan secara sedar mengundang bala melanda. Bala dijemput dan diraikan , diberi penghormatan malahan tepukan gemuruh. Senario ini hanya dapat dilihat sejak parti PAS mula berpolitik di Malaysia. Akhir akhir ini nama Bala kembali menghiasi dunia maya, kisah Bala , Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang berjumpa Nabi kembali hangat apabila Hadi Awang Presiden PAS telah mengikuti jejak Bala mengumumkan secara terbuka.
Percaya atau tidak, terserah atas keyakinan masing masing kerana perdebatan mimpi ini hanya tidak akan berkesudahan. Kenapa? tentu sahaja kerana politik ia boleh sahaja di bahaskan siang malam pagi petang selama bertahun. Jika Bala seorang penebar roti canai dan berniaga sop kambing di bawah pokok di Briekfield tentu sahaja tiada siapa peduli.
Tapi PAS perlukan Bala dan Bala tahu apakah perkara yang dapat membezakan beliau selaku ahli politik dan penebar roti canai. Sentimen agama akan menarik perhatian umum khususnya pendokong PAS dan kisah bermimpi Nabi. Pun begitu , Bala masih tetap menyembah berhala dan dipercayai oleh pentaksubnya.
Tidak pernahkah terfikir bahawa PAS hanya mengundang bala dengan hanya bersandarkan retorik politik maka sekalian mereka yang mudah menerima apa sahaja bulat bulat atas nama agama tanpa melihat kesan di kemudian hari?
Atas nama agama, PAS terbukti menghalalkan rasuah sebagaimana keputusan Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan calon PAS di Kuala Terengganu dan Kemaman. Bersandarkan pakaian orang beragama dengan jubah dan serban mereka memajakkan tanah kerajaan kepada bukan bumiputera mencipta rekod sebagai ladang Musang King terbesar di Malaysia seluas 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Seolah olah bala banjir tidak akan melanda di Kelantan dengan penebangan hutan seluas itu berbanding 20 hektar tanah yang di tebang di Sg Lembing Pahang yang menjadi modal politik PAS Pahang sehari dua ini. Penyokong PAS terus jadi benak tidak dapat mengira matematik walaupun budak tadika PASTI sekalipun tahu mana lebih luas antara 3,000 hektar di Kelantan berbanding 20 hektar di Pahang.
Negeri Pahang tidak boleh di timpa bala dengan memperjudikan nasib rakyatnya dengan mengundi PAS pada pilihanraya akan datang. Apa makna kehidupan beragama yang dilaungkan di corong speaker pada setiap kali ceramah politik PAS jika berduyun duyun anak Kelantan yang telah diperintah lebih 34 tahun mengunjungi Golok di sempadan. Kosong benar jiwa mereka, tarbiyah apakah yang di terapkan selama ini oleh pimpinan PAS?
Bala jangan di cari, mengundi PAS mengundang bala. Jangan tersilap pilih nanti memilih tebu dapat teberau.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











