UMNO 80 Tahun: ‘Bahtera Bangsa’, Perlu Terus Dipertahan

Oleh : BARD
April 21, 2026 - 09:00 MYT
UMNO 80 Tahun: ‘Bahtera Bangsa’, Perlu Terus Dipertahan

UMNO disifatkan sebagai “bahtera bangsa” yang perlu terus dipertahankan demi kelangsungan perjuangan orang Melayu dan kestabilan negara.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, banyak perkara yang dirugikan apabila UMNO tidak lagi menjadi teraju utama pemerintahan bersama Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, ketika era pentadbiran UMNO menerusi Barisan Nasional (BN), pelbagai kejayaan telah dicapai termasuk dalam memperkasa ekonomi Melayu serta melahirkan usahawan berjaya melalui kerjasama erat dengan parti komponen seperti Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congres (MIC) serta rakan-rakan komponen BN yang lain termasuklah daripada Sarawak serta Sabah.

“Banyak perkara kita rugi apabila UMNO tidak menjadi teraju pemerintahan. Dahulu MCA sokong kita, MIC sokong kita dan kita ada parti-parti lain, Sabah, Sarawak semua sokong kita. Kita sangat adil. Kita benarkan orang-orang bukan Melayu bergerak, berniaga tak ada diganggu pun. Kita galakkan orang Melayu. Ramai, zaman saya ada lapan Melayu bilionaire sendiri. Kita wujudkan. Ramai yang besar, yang sederhana, yang kecil, banyak.

“Special program untuk melahirkan usahawan Melayu di Selangor… Ramai dulu, ramai semua. Yang mereka hari ni berdiri sebagai entiti Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan. Tetapi selepas UMNO tak memerintah lagi, saya tak nampak ada program mendidik usahawan-usahawan Melayu, memberi peluang kepada usahawan-usahawan Melayu. Bahtera ini kena kekal. Bahtera ini sangat penting… UMNO ini bahtera lah. Rakyat kena bagi sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 pada 11 Mei depan. Wawancara berkenaan dikendalikan Datuk Dr Noor Azizan Abd Majid.

Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan UMNO perlu dilihat sebagai warisan yang mesti dipertahankan, dengan sokongan berterusan rakyat bagi memastikan parti kekal relevan dan terus berperanan dalam pembangunan negara.

“Walaupun ada sosial media sekarang ini, anggap itu sebagai selingan saja lah. Jangan percaya. Sebab banyak benda yang dikeluarkan oleh media sosial itu berupa hasutan. Saya walaupun tidak pegang mana-mana jawatan, tapi sangat kukuh pendirian saya untuk menyokong UMNO dan BN sebagai satu parti yang kuatlah dalam negara, yang bersejarah, yang berjasa,” katanya.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow