FITNAH ; PAS PERLU CERMIN DIRI

Oleh : ANAK CILI
Oktober 19, 2023 - 11:55 MYT
FITNAH ; PAS PERLU CERMIN DIRI

Menjelang Muktamar Agong PAS Kali 69, cara mudah mendapat perhatian rakyat adalah dengan mengecam seteru politik dengan harapan menyemai kebencian itu akan menambah sokongan kepada parti PAS. Bukan itu sahaja ianya menjadi wadah untuk melonjakkan kredibiliti pemimpin PAS dikalangan perwakilan.

Sudah barang tentu sebarang kenyatan provokasi akan mendapat respon dari pelbagai pihak . Cuma PAS selalu tiak sedar apabila membicarakan rumput di laman orang dalam masa yang sama rumput di laman sendiri sampai ke tangga.

Ketua Pemuda PAS Fadhli Shaari dipetik sebagai berkata di Muktamar PAS Kali ke 69 menyelar pihak kerajaan dalam menangani isu fitnah agar tidak dilayan sebagai jenayah sebaliknya memerlukan penerangan yang tuntas. Ia bagaimanapun dipercayai merujuk kepada Malaysianow yang kini tidak lagi beroperasi, TV Pertiwi dan Utusan TV.

Berita tidak benar jika tidak ditangani melalui intervensi kerajaan akan merosakkan minda masyarakat terutama di zaman ledakan teknologi maklumat. Demokrasi tidak bermakna kebebasan media diberikan secara mutlak tanpa garis sempadan yang membezakan yang benar atau fitnah.

Berdasarkan keputusan mahkamah berkaitan isu fitnah , PAS perlu melihat di cermin Dalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga kini (2022), Pas menunjukkan prestasi agak buruk apabila sudah lebih 10 kali parti Islam itu terbukti memfitnah parti lawan dan kalah saman fitnah dalam pengadilan di mahkamah.

Pampasan fitnah yang perlu dibayar Pas jika dijumlahkan nilainya sehingga kini sebanyak RM2,080,150. Diaspora fitnah ini tidak harus dibiarkan tumbuh melata yang mana akhirnya dibimbangi bukan sahaja menjadi budaya tetapi lebih dasyat memecah belahkan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

Amat menyedihkan , sebagai sebuah parti yang dikatakan kononnya membawa jenama Islam akhirnya menjadi lubuk kepada opportunis politik menahan lukah.

Kita hidup di zaman sebahagian orang lebih suka memperbaiki kehidupan orang lain, tapi lupa bercermin pada hidupnya sendiri.
PAS..cermin cerminkanlah diri. - ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow