KETAWA SEBUT ANAK PAPA MENYINGA SEBUT ANAK MENANTU
Sesekali bila melihat gelagat pembangkang ketika berada di Parlimen memang sedikit sebanyak menghiburkan. Jika dahulu watak badut tidaklah seramai wakil rakyat Perikatan Nasional yang mengisi 74 kerusi dengan 49 daripada PAS pasca PRU15.
Watak watak baru badut politik seperti Pendang, Arau ,Putrajaya dan Machang menghasilkan sitcom yang lebih baik dari Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang menjadi lelucon untuk tatapan generasi akan datang.
Bayangkan sindiran sindiran kebudak budakan dan isu gombal terpaksa dilayan oleh Speaker Dewan Rakyat mengalahkan kanak kanak Tadika. Lebih melucukan lagi ada yang terjerit jerit seolah olah suara yang lantang itu melambangkan kematangan seorang Ahli Parlimen yang di pilih oleh 20 juta pengundi pada PRU ke 15.
Menyindir seorang Ahli Parlimen Sungai Petani yang secara kebetulan anak seorang Speaker diberikan keutamaan oleh Dewan Rakyat yang datangnya dari Ahli Parlimen Arau Shahidan Kasim yang sudah berada di usia senja dengan Anak Papa adalah tindakan kebudak budakan.
Perbuatan tersebut diiringi dengan gelak ketawa dikalangan Ahli Parlimen PN dengan jenaka yang tidak menguntungkan rakyat kerana masa perbahasan Dewan Rakyat dihabiskan dengan pertikaian kedua dua belah pihak.
Apabila tiba giliran nama “Anak Menantu”pula di sebut oleh AP Kota Melaka yang mencelah ketika Muhyidin AP Pagoh berbahas maka secara tiba tiba mereka seperti singa tua lapar mengaum.Tarik balik !tarik balik !tarik balik! bergema di Parlimen hanya kerana disebut perkataan”Anak Menantu “yang tidak balik balik ke Malaysia bagi membantu siasatan SPRM.
Kenapa perlu takut dengan kepulangan anak menantu? Bukankah dengan kepulangan anak menantu yang melancong jauh entah kemana akan mengubat kerinduan?
Bolehlah SPRM melengkapkan siasatan penyalahgunaan wang rakyat ratusan juta ringgit dan melenyapkan tanggapan bahawa wang tersebut bukanlah digunakan untuk kempen politik parti tertentu.
Jika anak menantu tak balik balik, habis air setelaga arang di basuh takkan putih. - ANAK CILI
Apa Reaksi Anda?











