RAKYAT TIDAK PERNAH MEMILIH PAS SEBAGAI KERAJAAN

Oleh : ANAK CILI
Oktober 20, 2023 - 11:25 MYT
RAKYAT TIDAK PERNAH MEMILIH PAS SEBAGAI KERAJAAN
“Tanda kiamat, 18 kerusi jadi Kerajaan, banyak kerusi jadi pembangkang” , antara kata kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS yang mendapat perhatian ramai di kalangan rakyat.

“Tanda kiamat, 18 kerusi jadi Kerajaan, banyak kerusi jadi pembangkang” , antara kata kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS yang mendapat perhatian ramai di kalangan rakyat. Apabila di tanya oleh pemberita , kenyataan tersebut hanyalah dalam bentuk gurauan.
Tetapi apa yang lebih menarik ialah beliau berkata dalam tempoh 22 bulan menjadi sebahagian kerajaan di Putrajaya adalah satu ujian kepada PAS untuk belajar soal pengurusan dan pentadbiran.

Secara harfiahnya kenyataan beliau mengakui PAS masih belum bersedia untuk diberikan amanah oleh rakyat bagi menerajui Putrajaya. Beliau juga mengakui di awalnya ditawarkan menyertai Kerajaan Perpaduan tetapi menolak kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan pengundi. 

Kenyataan ini mengesahkan , PAS tidak mahu meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan sebaliknya melihat kepentingan politik mendahului segala galanya. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya terjadi akan meredakan suhu politik negara kerana kebersamaan semua parti untuk mengenepikan agenda politik . PAS tetap dengan keangkuhan.

Jadi ketentuan Tuhan itu pasti ada rahmatnya dimana PAS yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak dikalangan parti di Malaysia menjadi pembangkang kerana keangkuhan , ketidakbolehupayaan mengurus dan mentadbir negara malahan kemenangan PN kerana memecahbelahkan rakyat dengan memainkan sentimen agama dan bangsa.

PAS berada dalam kerajaan selama 22 bulan pun bukanlah kerana pilihan rakyat yang mahukan mereka sebagai Kerajaan di Putrajaya melalui pilihanraya sebaliknya menebuk atap dengan Langkah Sheraton menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Soal mungkin dan andaian tidak boleh dijadikan sandaran untuk PAS menerajui Putrajaya kerana realiti dan sejarah politik di Malaysia semenjak pilihanraya pertama 1955, Perikatan (UMNO,MCA,MIC) memenangi 51 kerusi dari 52 kerusi manakala PAS 1 kerusi Parlimen.

Sejak itu UMNO terus dipilih sebagai parti teras menerajui Kerajaan Persekutuan sehinggalah kekalahan BN pada PRU 14 pada tahun 2018 dengan pengalaman mengurus negara selama 63 tahun. PAS pula terpaksa membentuk gabungan demi gabungan pelbagai parti berbeza ideologi untuk menumbangkan BN namun tetap gagal. 

Sekalipun PN dikatakan telah merubah landskap politik negara dengan kejayaan menambah bilangan kerusi di Parlimen PRU 15 dan menguasai negeri pada PRN 6 negeri tetapi masih melalui kebergantungan kepada kawasan luar , negeri pantai timur dan utara yang pernah mereka menangi sejak dahulu yang majoritinya Melayu.

Malaysia sebuah negara berbilang agama, bangsa, etnik, ras dan kepelbagaian budaya apatah lagi kerusi Sabah dan Sarawak (56 kerusi dari 222 kerusi) yang tidak menunjukkan PAS mampu bertapak di negeri yang menolak 100 peratus mereka yang memainkan isu agama dan kaum.

PAS bagaikan berketak ayam mandul, orang berketak ia berketak, orang bertelor ia tidak. Orang yang bernasib malang,walaubagaimanapun meniru orang lain, nasibnya tetap tidak berubah. - ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow