Trump cuba guna kod nuklear?

Oleh : BARD
April 22, 2026 - 09:00 MYT
Trump cuba guna kod nuklear?

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang semakin gila berperang didakwa telah dinafikan akses kepada kod nuklear negaranya oleh seorang pegawai kanan tentera.

Perkara itu didedahkan penganalisis Agensi Risikan Pusat (CIA) yang sudah bersara, Larry Johnson menerusi program audio siar, Judging Freedom di YouTube.

"Kejadian itu berlaku ketika mesyuarat tergempar pada akhir minggu lalu. Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera AS, Jeneral Dan Caine menggunakan keistimewaan beliau untuk melarang Trump hingga menjadi satu pertikaian agak besar. Ada beberapa insiden pelik berlaku di Washington DC. Masih tidak jelas tujuan sebenar Presiden mahukan kod nuklear tersebut," ujarnya.

Pendedahan itu muncul selepas Trump dilaporkan telah dilarang memasuki Bilik Situasi oleh penasihat tentera ketika perbincangan operasi di Iran sedang berlangsung.

Pemimpin Republikan itu dikecualikan daripada mesyuarat tersebut kerana bimbang jika beliau membuat keputusan secara melulu sekali lagi.

Ketika insiden jet pejuang AS ditembak jatuh Teheran pada awal bulan lalu, Trump didakwa mengamuk dan memarahi staf di Sayap Barat di Rumah Putih kerana bimbang krisis tebusan Iran pada 1979 kembali berulang. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow