"Fitnah Menteri Larang Laung Azan, Ahli Parlimen Jasin dan Harakah Mohon Maaf"
Dalam politik ni, kita boleh spin macam-macam cerita. Tapi bila sampai ke mahkamah, satu je yang tinggal iaitu fakta.
Sekali bila kes sampai ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, cerita lain pula jadi. Terus minta maaf, tarik balik kenyataan tanpa syarat, siap bayar RM15,000. Itu bukan sekadar “settle kes”, itu tanda memang tak boleh pertahankan tuduhan yang dibuat sebelum ni.
Yang terlibat pula bukan calang-calang termasuk akhbar Harakah. Media yang selama ni lantang bawa membawa berita fitnah, akhirnya mengaku memohon maaf atas tuduhan yang mereka lakukan.
Inilah masalah politik dalam PAS hari ni. Tuduh dulu, viralkan dulu, bina persepsi dulu. Betul ke tidak, itu nombor dua. Asalkan orang marah, asalkan sentimen naik, itu dah cukup.
Tapi kes ni bagi satu pengajaran mudah, tak semua benda boleh lepas macam tu je. Bila dah melibatkan fitnah, tambah pula sentuh isu agama, kesannya besar. Dan bila kena jawab di mahkamah, tak ada ruang lagi nak pusing cerita.
Paling pedih, apa yang dulu dijaja sebagai “isu besar”, akhirnya diakui sendiri sebagai tak benar. Habis satu naratif runtuh macam tu je.
Dari dulu sampai sekarang, PAS adalah parti yang penuh dengan penipuan, mereka menunggang agama untuk kepentingan peribadi mereka.
Apa Reaksi Anda?











