PAS FOR ALL GANTI GELOMBANG HIJAU SANDIWARA BARU PAS
“Kita sudah berjaya menarik sokongan pengundi Melayu Islam dalam PRU15, maka usaha yang penting dan berat yang mesti dilakukan adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu dalam PRU16,” antara intipati ucapan beliau pada ucaptama Muktamar Agong PAS Kali Ke 69 di Shah Alam.
Untuk menjayakan agenda itu, Hadi turut mengarahkan anggota parti itu mengekang naratif menggunakan jenama Gelombang Hijau.
“PAS berusaha menyantuni pelbagai kaum dan tidak pernah mengesampingkan slogan Islam untuk semua, Islam for all,” kata Hadi.
Sebenarnya sokongan terhadap PAS kini sudah sampai ke tahap syiling dengan kemenangan 43 kerusi di Parlimen dan hanya mampu menawan negeri yang majoritinya Melayu Islam selain kawasan luar bandar. PAS tidak akan dapat mmbentuk Kerajaan Persekutuan kerana hakikatnya politik di Malaysia memerlukan sokongan masyarakat bukan Melayu Islam.
Gelombang Hijau pada awalnya dijangka membawa PAS ke Putrajaya tetapi meleset. Maka Hadi cuba dilihat lebih mesra non muslim dengan memainkan kembali piring hitam lama “PAS For All”. Slogan Pas For All pernah digunakan oleh PAS ketika sedang di lamun cinta dengan DAP.
PAS pada bila bila masa sahaja akan membuang Slogan Matang dan Sejahtera ke Laut China Selatan dan menggunakan PAS For All kerana PAS bukan lah parti yang mempunya prinsip. Istiqomah hanyalah istilah Arab supaya dilihat lebih Islamik kerana dengan topeng agamalah yang menjamin kelangsungan PAS dalam politik tanahair.
Apakah PAS For All dapat dibuktikan dengan perbuatan sedangkan rakyat melihat sendiri bagaimana tegang pertengkaran antara Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Ahmad Marzuk Shaary bertikap lidah dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee dalam isu terjemahan ayat Al Quran.
Tidak cukup dengan itu kafir mengkafir terus membakar jambatan oleh Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian akan memberikan gambaran buruk tentang Islam dalam cara menyampaikan Islam yang tanpa budi bahasa, akhlak dan adab.
Dari telaga yang jernih tidak akan mengalir air yang keruh, orang yang mulia tidak akan berkelakuan kasar. PAS boleh letak apa sahaja slogan untuk kepentingan politik sempit mereka kerana PAS bagai telaga yang keruh yang tidak akan mengalir air yang jernih. - ANAK CILI
Apa Reaksi Anda?











