ISTIMEWANYA NAJIS BERSATU
Wan Saiful Wan Jan Ahli Parlimen Bukit Gelugor dijangka akan dikenakan lagi tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla). Dikhabarkan ada pertuduhan-pertuduhan baru yang akan dikenakan di bawah Amla.
Wan Saiful dituduh lagi di mahkamah esok (malaysiakini.com)
Jika begitu beliau kini sudahpun mengesahkan kedudukannya sebagai kluster mahkamah yang dikategorikan oleh Hadi Awang Presiden PAS sebagai “tong najis”. Beliau dipetik sebagai berkata ““Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan, siapa dalam dia, nak cuci macam mana? Banduan ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada macam mana kami (Pas) nak ikut.
Nak bersih najis, takkan kena masuk dalam tong najis - Hadi (malaysiagazette.com)
Cuma barangkali kita masih menunggu penjelasan Hadi Awang apakah najis yang ada pada parti Bersatu tidak sama dengan apa yang beliau maksudkan tong najis ddalam Kerajaan Pakatan Harapan. Apakah hanya kerana Bersatu berada dalam Perikatan Nasional bersama PAS maka tanggapan najis itu berbeza?
PAS juga terpalit dengan rasuah sebagaimana keputusan Mahkamah membatalkan kemenangan PAS di Parlimen Kemaman. Kes kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan wang rakyat seperti Jana Wibawa oleh pendakwaan beberapa individu akan menceritakan siapakah sebenarnya yang berada dalam tong najis.
Buah peria itu, kalau di tanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan dan diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga. Hadi jangan malu untuk berada dalam tong najis Perikatan Nasional kerana kemulian agama tidak boleh dijadikan sandaran kepada mereka yang menunggang agama. - Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











