YB JELAPANG PADI TAK DAPAT BEZAKAN ANTARA BERAS IMPORT ATAU TEMPATAN?

Oleh : ANAK CILI
Oktober 25, 2023 - 00:19 MYT
YB JELAPANG PADI TAK DAPAT BEZAKAN ANTARA BERAS IMPORT ATAU TEMPATAN?
Ahli Parlimen Pokok Sena Ahmad Yahaya menegur program jualan beras tempatan dijual secara murah yang didakwa berlaku di PRK Dun Pelangai, Bentong baru-baru ini sebagai tidak bermaruah menggunakan kuasa dan jentera bagi menghadapi PRK

Adalah sesuatu yang janggal kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Ahmad Yahaya di Parlimen ketika membahaskan Belanjawan 2022  dengan membawakan isu keterjaminan makanan. Keprihatinan beliau memberikan pandangan isu keterjaminan  makanan adalah dipuji tetapi kelihatan dangkal apabila mengaitkan beras dengan politik.

Ahli Parlimen Pokok Sena Ahmad Yahaya menegur program jualan beras tempatan dijual secara murah yang didakwa berlaku di PRK Dun Pelangai, Bentong baru-baru ini sebagai tidak bermaruah menggunakan kuasa dan jentera bagi menghadapi PRK.

Jelas sekali beliau tidak membuat homework dengan teliti dan hentam keromo tidak menggambarkan status beliau selaku wakil rakyat. Apatah lagi sebagai YB yang berasal dari Negeri Jelapang Padi seharusnya lebih arif ketika mengupas isu beras dan keterjaminan makanan yang sedang hebat diperkatakan masyarakat.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Program Beras Makmur yang bukan diberikan secara percuma sebaliknya hanya diberikan diskaun. Beras Makmur bukanlah beras tempatan sebaliknya beras import yang diberikan subsidi sebanyak RM 11 / kampit . 

Beras putih import 10 kilogram dijual pada harga subsidi iaitu RM25 bagi setiap pek. Harga jualan RM25 adalah harga selepas subsidi sebanyak RM11 . Program tersebut akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh Pahang bagi memastikan setiap rakyat yang memerlukan dapat menikmati harga subsidi bagi mendapatkan makanan asas seperti beras.

Kerajaan Negeri tetap wujud dan program untuk rakyat tidak boleh terhenti hanya kerana pilihanraya kecil dan PRK Pelangai hanyalah satu kebetulan Program Beras Makmur dilancarkan di sana.

Apa yang membezakan pemimpin Pahang ialah mereka mencari jalan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat sebaliknya ada pemimpin PN dari Kedah yang datang berkempen di PRK DUN Pelangai Pahang membawa budaya mencarut.

Sepatutnya Ahli Parlimen Pokok Sena melihat isu beberapa kilang padi di Kedah yang diserbu pihak berkuasa kerana dipercayai terlibat menyorok beras bukan mengalihkan isu dengan mengaitkannya dengan PRK DUN Pelangai.

Tentunya rakyat di Pelangai bijak memilih BN sebagai wakil rakyat di mana Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh BN dan tidak terpengaruh dengan wakil rakyat seperti Ahli Parlimen Pokok Sena yang hanya menjaja fitnah berbanding menyelesaikan masalah rakyat. - Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow