JANGAN BERMIMPI TAWAN PAHANG & PERAK JIKA MAIN ISU #3rd
PAS melalui Pengarah Pilihanraya Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan akan menawan Pahang dan Perak pada PRU ke 16 akan datang ketika berucap di Muktamar PAS ke 69 di Shah Alam.
“Selain empat negeri PAS mesti merangka di semua negeri untuk ‘move forwards to the next level’ untuk menguasai sekurang kurangnya satu negeri lagi sama ada Perak atau Pahang, kalau Perak tak dapat kita pergi Pahang, kalau dapat dua-dua lagi bagus”’ antara imtipati ucapan Sanusi Md Nor yang dikatakan Jeneral Perang PAS ketika menghadapi pilihanraya mutakhir ini.
Para pemimpin PAS bebas untuk berucap di hadapan penyokong sendiri tetapi diakhirnya realiti politik semasa akan menentukan apakah kehendak rakyat ketika pilihanraya. PAS menyedari melalui Presidennya Hadi Awang yang terpaksa membuat pusingan U dengan menggesa agar PAS For All kembali menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu yang secara terang terangan menolak PAS.
PAS boleh berbangga dengan perubahan pengundi Melayu Islam terutama di negeri majoriti Melayu seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tetapi akan berdepan dengan cabaran bukan mudah dengan kempen #3R akan menjauhkan golongan melayu progresif dikawasan separa bandar dan bandar apatah lagi masyarakat bukan Melayu di Pahang, Perak, Selangor, N.Sembilan , Melaka, Johor dan P.Pinang.
Keyakinan PAS di Pahang dan Perak hanya bersandarkan Gelombang Hijau sahaja bukanlah ukuran yang tepat memandang keputusan PRK di Parlimen Pulai, Simpang Jeram dan Pelangai menunjukkan PAS boleh bermimpi tapi tidak semestinya menjadi realiti.
Di Pelangai , Sanusi turun beberapa kali selain membawa Top Gun PN seperti Muhyidin Yasin, Mahathir Mohamad dan Hadi Awang tetapi tidak menjamin kemenangan PAS di Pelangai Pahang.
Lain padang lain belalang. Bermimpi membuat emas takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung kerana mimpi itu bukan kenyataan. - Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











