Lapan Dekad UMNO Pegang Teguh Prinsip, Asas Perjuangan

Oleh : BARD
Mei 11, 2026 - 14:00 MYT
Lapan Dekad UMNO Pegang Teguh Prinsip, Asas Perjuangan

Naib Presiden UMNO YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan selamat menyambut ulang tahun UMNO ke-80 yang jatuh pada hari ini.

Menteri Besar Pahang itu bersyukur selama lapan dekad penubuhannya, UMNO terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan tetap berpegang teguh prinsip perjuangan.

“Alhamdulillah, selama lapan dekad UMNO terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan benteng dalam mempertahankan agama Islam, institusi Raja-Raja Melayu serta kedaulatan tanah air tercinta.

“Sejarah panjang perjuangan parti keramat ini telah membuktikan peranan besar UMNO dalam membawa kemerdekaan, membangun negara serta menjaga kebajikan rakyat dari dahulu hingga kini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Seterusnya, Wan Rosdy menyeru semua ahli agar memperkukuhkan semangat perpaduan dan kesetiaan.

“Sempena ulang tahun ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, kesetiaan dan perjuangan demi memastikan UMNO terus relevan serta diyakini rakyat, khususnya generasi muda.

“Semoga UMNO terus teguh berdiri, istiqamah dalam perjuangan dan terus berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow