80 Tahun Bukan Sekadar Angka, Ia Perjalanan Sebuah Perjuangan Membina Kekuatan Bangsa

Oleh : BARD
Mei 11, 2026 - 16:00 MYT
80 Tahun Bukan Sekadar Angka, Ia Perjalanan Sebuah Perjuangan Membina Kekuatan Bangsa

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO yang memasuki usia 80 tahun pada hari ini bukan sekadar angka.

Menurut Menteri Pertahanan itu, ia adalah perjalanan panjang sebuah perjuangan yang membina kekuatan bangsa, menyatukan orang Melayu dan mempertahankan tanah air merentasi pelbagai generasi.

“Ada kejayaan. Ada cabaran. Ada juga saat getir yang mengajar kita tentang pentingnya kesatuan dan kekuatan sebuah kepusatan politik Melayu.

“Kerana itu, pada usia 80 tahun ini, UMNO tidak boleh hanya hidup dengan nostalgia. UMNO mesti melangkah ke hadapan sebagai Rumah Bangsa.

“Sebuah wadah yang membuka ruang seluas-luasnya kepada seluruh orang Melayu untuk kembali berhimpun, menyumbang idea, tenaga dan kebijaksanaan demi masa depan bangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook.

Seterusnya, Mohamed Khaled mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-80 UMNO kepada seluruh ahli dan pendukung parti.

“80 tahun telah berlalu. Semoga segala ikhtiar atas nama agama, bangsa dan negara ini terus dirahmati, perjuangan ini kekal utuh dan menjadi wadah bangsa sampai bila-bila,” katanya. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow