Belanjawan Pahang 2027: Inisiatif Baharu dan Penambahbaikan Program Bakal Diumumkan 20 November Ini

Oleh : BARD
November 19, 2026 - 09:00 MYT
Belanjawan Pahang 2027: Inisiatif Baharu dan Penambahbaikan Program Bakal Diumumkan 20 November Ini

Rakyat Pahang bakal mengetahui perancangan serta hala tuju kewangan negeri menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2027 pada 20 November ini yang dijangka memperkenalkan beberapa inisiatif baharu, selain memperkukuh dan meneruskan program sedia ada yang masih memberi manfaat kepada rakyat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persiapan bagi pembentangan belanjawan berkenaan kini hampir selesai dengan tahap kemajuan kira-kira 95 peratus.

Menurut beliau, penyediaannya melalui proses perancangan, perbincangan dan penelitian secara menyeluruh bagi memastikan setiap peruntukan serta inisiatif yang dirangka memenuhi keperluan semasa rakyat.

Beliau turut menegaskan bahawa penyediaan belanjawan bukan sekadar proses tahunan, sebaliknya mengambil kira pandangan dan cadangan yang boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri.

Katanya, Belanjawan Pahang 2027 akan memberi perhatian kepada pelaksanaan inisiatif baharu di samping menambah baik program terdahulu agar manfaatnya dapat terus dirasai oleh rakyat.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Pahang dijemput mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2027 menerusi Facebook rasmi Pahang Media, Kerajaan Negeri Pahang dan Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 20 November ini.

Pembentangan dijadual berlangsung di Dewan Negeri Pahang pada jam 10.00 pagi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow