85,650 Pengguna di Kuantan Dijangka Terjejas Gangguan Bekalan Air Sehingga 48 Jam

Oleh : BARD
November 17, 2026 - 09:00 MYT
85,650 Pengguna di Kuantan Dijangka Terjejas Gangguan Bekalan Air Sehingga 48 Jam

Seramai 85,650 pengguna di sekitar daerah Kuantan dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 24 hingga 48 jam bermula malam ini, 17 November, susulan kerja kecemasan pembaikan kebocoran paip di Rumah Pam Kobat Fasa 1.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menerusi notis pemakluman memaklumkan kerja pembaikan dijadualkan bermula jam 10 malam, 17 November hingga jam 10 malam, 18 November 2026.

Kerja berkenaan melibatkan pembaikan kebocoran saluran paip berukuran 600 milimeter yang bersambung dengan paip utama berukuran 1,200 milimeter di Pam No. 5, selain kerja-kerja berkaitan di rumah pam berkenaan.

Antara kawasan terjejas termasuk Beserah hingga sempadan Chendor, Batu Hitam, Balok, Sungai Ular, Cherating, Gebeng, kawasan perindustrian Gebeng, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan Pelabuhan Kuantan.

Gangguan turut melibatkan Semambu, Jalan Beserah, Alor Akar, Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Tanjung Api, Taman Gelora, Bukit Sekilau, Bukit Ubi, Galing, Setali, Air Putih, Bukit Setongkol dan Cenderawasih.

Selain itu, kawasan Indera Mahkota, KotaSAS, Kampung Tiram, Taman Shahzan, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Terminal Sentral Kuantan, Kampung Padang, Bukit Kuin, Batu Sawar, Bukit Bangkong, Bukit Goh, Bukit Kuantan, Tanjung Pasir, Tanjung Lumpur, Peramu, Telok Baru, Bandar Putra, Anak Air, Kempadang dan Alor Kangkung turut disenaraikan.

Menurut PAIP, pengguna di kawasan terlibat akan mengalami gangguan bekalan air sepanjang kerja pembaikan dijalankan, manakala proses pemulihan bekalan dijangka mengambil masa antara 24 hingga 48 jam selepas kerja berkenaan selesai.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi memenuhi keperluan harian sepanjang tempoh gangguan.

Orang ramai juga disaran merancang penggunaan air dengan sebaiknya bagi mengurangkan kesulitan sementara kerja pembaikan kecemasan dilaksanakan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow