Pahang Peruntuk RM290 Juta Ganti Paip Uzur Demi Tingkatkan Mutu Bekalan Air
Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM290 juta bagi melaksanakan penggantian 607.3 kilometer rangkaian paip agihan yang dikenal pasti berada pada tahap kritikal, usang dan sering mengalami kebocoran di seluruh negeri.
Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif besar ini merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu perkhidmatan air bermula sejak 2022, dan akan diteruskan secara berfasa sehingga 2031.
Menurut beliau, keseluruhan sistem agihan air di Pahang kini meliputi hampir 15,000 kilometer, termasuk kawasan bandar, luar bandar dan kawasan geografi mencabar.
Hasil analisis teknikal oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mendapati:
23% atau 3,450 kilometer paip masih menggunakan Asbestos Cement (AC)
Paip tersebut akan diganti kepada Mild Steel Cement Lining (MSCL) yang lebih tahan lama
Daripada jumlah itu, 607.3 kilometer telah dikenal pasti sebagai keutamaan untuk diganti
Setakat ini, 94.3 kilometer paip telah siap diganti di seluruh negeri.
Pecahan Mengikut Daerah
(Siap / Jumlah dirancang)
Kuantan: 3.1 km / 105.1 km
Rompin: 1.5 km / 48.5 km
Pekan: 10.9 km / 36.9 km
Raub: 36.6 km / 65.6 km
Maran: 30.7 km / 62.7 km
Temerloh: 10.7 km / 31.7 km
Cameron Highlands: 0.8 km / 0.8 km (siap sepenuhnya)
Dalam Pembinaan
Lipis: 32 km / 131 km
Jerantut: 46 km / 73 km
Fasa Pra-Pembinaan
Bera: 23 km / 23 km
Bentong: 31 km / 31 km
Wan Rosdy menyampaikan perkembangan ini ketika menjawab soalan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.
Apa Reaksi Anda?











