SIAPA PEMECAH BELAH MASYARAKAT?
Islam itu mengajak kepada mengeratkan silaturahim dan perpaduan bukan sahaja dikalangan muslim tetapi dengan masyarakatmajmuk yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Sebaliknya antara punca perpecahan masyarakat adalah angkara fitnah malahan kesannya lebih dasyat jika dilakukan oleh pemimpin yang kononnya mendakwa mewakili parti Islam.
Ahmad Dasuki antara pemimpin PAS yang berjaya menambah koleksi kalah saman fitnah dikalangan pemimpin PAS. Beliau telah diarah oleh mahkamah untuk membayar RM 23 ,000 kepada Mujahid Rawa tetapi culas membayar sehingga hari ini.
Sebagaimana culasnya PAS membayar hutang yang dituntut oleh syarikat yang mencetak akhbar lidah rasmi PAS Harakah tidak hairanlah jika Ahmad Dasuki yang pernah menjadi calon PAS di Kota Anggerik pada PRU 14.
Apakah masyarakat boleh menerima seorang yang pernah menduduki kerusi Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Selangor di dapati bersalah kerana menfitnah? Apakah yang dikatakan ulama dalam PAS boleh terlepas dari melakukan kesalahan?
Masyarakat perlu diberi peringatan bahawa status ulama itu harus merujuk bukan setakat ilmu tetapi ulama adalah mereka yang melihat kebesaran Allah dilangit, di bumi dan segala tumbuh tumbuhan dan binatang sehingga lahir perasaan takut kepada Allah s.w.t.
Ramai orang berilmu yang boleh digelar ulama tetapi ada juga dikalangan mereka hanyalah ular dalam semak.
Ulama ialah mereka yang membawa jarum , bukan menjadi gunting. Jarum yang dapat menjahit yang koyak , menyatukan perca perca permusuhan supaya bersatu padu bukan menjadi gunting yang memecahbelahkan masyarakat.
Anak Cili
Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?











