FB PROMOSI PN MARAN ; JIKA TAK MAMPU JADI GARAM JANGAN JADI LANGAU
Tindakan Page FB Promosi PN Maran yang memuatnaik kandungan posting provokasi baru baru adalah keterlaluan yang melampau mencerminkan sikap pentaksub Perikatan Nasional. Ianya tidak boleh dikaitkan dengan tidak meraikan perbezaan pandangan tetapi etika yang menjatuhkan maruah orang lain dengan sebegitu rupa adalah biadap.
“ Apakah MB Pahang ini keturunan Yahudi ke”, antara posting yang dibuat dengan turut memuatnaik video yang diedit memaparkan MB Pahang yang tersasul ketika dalam keadaan bersemangat menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Pahang 4Palestine di Kuantan baru baru ini.
Sekalipun Mb Pahang telah meminta supaya insiden itu tidak disiarkan akibat tersasul tetapi bagi pentaksub seperti Page FB PN Maran mengambil kesempatan dengan mempersoalkan apakah MB Pahang adalah seorangYahudi. Mereka yang tidak menonton keselurhan video tersebut ataupun hadir sendiri di Perhimpunan Pahang4Palestine tentunya akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan permainan kotor FB Promosi PN Maran.
Tergamakkah meletakkan MB Pahang sebagai Yahudi yang mana beliaulah antara tokoh politik utama di Pahang yang sering menggerakkan usaha membantu perjuangan rakyat Palestine. Pada bulan Oktober 20 21 MB Pahang telah menyerahkan bantuan kepada rakyat Palestine berjumlah RM 7000,000 dimana tumpuan utama untuk mebaikpulih sekolah dan masjid yang musnah akibat serangan Israel.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pahang-sumbang-rm700000-kepada-rakyat-palestin-325068
Apakah seorang Yahudi yang dimaksudkan oleh FB Promosi PN Maran akan melakukan usaha untuk membantu rakyat Palestine. Berapakah dana yang telah di belanjakan oleh FB Promosi PN Maran untuk membantu kesengsaraan rakyat Palestine?
Pada Perhimpunan Pahang4paletine baru baru ini MB Pahang telah mengumumkan sumbangan RM 100,000.00 Kerajaan Negeri Pahang dan melancarkan Tabung Palestine Negeri Pahang.(2.0)
https://www.kosmo.com.my/2023/10/28/pahang-terus-sumbang-bantuan-kepada-rakyat-palestin-wan-rosdy/
Berpada padalah dalam berpolitik, jangan sampai menjadi lidah syaitan dan akhirnya muflis diakhirat dengan menyebar fitnah terhadap orang lain. Apatah lagi mempromosikan budaya takfiri dengan mengkafirkan orang lain hanya kerana berbeza pandangn politik. Ajaran Islam manakah yang membenarkan menggelar pemimpin Islam sebagai Yahudi ?
Jika tidak dapat mampu jadi garam, jangan jadi langau. Kalau pun kita tidak mampu menjadi orang yang sangat berguna atau boleh memberi manfaat yang banyak ataupun kita tidak berminat untuk menyumbang sebarang kebaikan kepada masyarakat, tidaklah menjadi mudarat yang besar namun janganlah sampai kita menjadi seperti lalat.
Jika ikan dibubuh garam, ikan tidak menjadi busuk dan boleh tahan lama. Langau pula bila menemui ikan, pasti ia berusaha meninggalkan berenga yang kemudiannya menetas menjadi ulat yang merosakkan.
Apa Reaksi Anda?











