HARGA BAWANG INDIA NAIK AS$800 SATU TAN

Oleh : ANAK CILI
Oktober 30, 2023 - 21:16 MYT
HARGA BAWANG INDIA NAIK AS$800 SATU TAN

India menetapkan harga eksport minimum bagi setiap tan bawang sebanyak AS$800 (RM3,822) mulai hari ini sehingga 31 Disember depan, lapor akhbar Times of India semalam.

Keputusan itu dibuat hampir dua bulan selepas kerajaan melaksanakan duti sebanyak 40 peratus ke atas eksport bawang yang menghadapi tentangan hebat daripada para peniaga.

Bagaimanapun, tujuan harga eksport itu dinaikkan adalah bagi menyemak penghantaran keluar barangan dapur utama, memastikan bekalan bawang mencukupi bagi pasaran domestik serta membendung kenaikan harga.

Namun sumber berkata, duti eksport tidak terbukti menjadi penghalang kepada para peniaga untuk menghantar bawang ke luar negara.

“Kita perhatikan eksport bawang walaupun selepas dikenakan duti pada Ogos lalu adalah sama seperti tahun lepas. Ini kerana harga bawang di luar negara masih tinggi,” kata seorang pegawai

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow