TANPA SUBSIDI HARGA AYAM MAKIN MURAH
Walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kesan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan , paling tidak gambaran awal sudah menjelma. Polemik subsidi ini telah menjadi isu yang sering menjadi peluru kepada pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan.
Rakyat sangat beremosi dan suhu badan bagaikan terkena stroke haba apabila membicarakan soal kenaikan kos sara hidup yang menghimpit kehidupan rakyat. Respon kerajaan sejak pemerintahan Barisan Nasional dengan intervensi melalui subsidi sentiasa ditambahbaik dengan perlaksanaan subsidi bersasar.
Rakyat pula perlu memahami mekanisma bagaimana kerajaan membelanjakan RM 77 billion dari pendapatan negara sekitar RM 230 billion hanya untuk memberikan pelbagai jenis subsidi. Ianya meliputi RM37.3 bilion untuk petrol, diesel dan LPG serta skim penstabilan minyak masak peket satu kilogram pula menelan belanja RM4 bilion.
Sejak February 2022 , Kerajaan membelanjakan RM 3.8 billion bagi subsidi telor dan ayam. Berlaku ketirisan wang negara apabila subsidi ayam ini turut dinikmati oleh sebahagian besar golongan kaya T20 dan M40 serta warga asing yang sepatutnya dinikmati oleh golongan B40. Penamatan subsidi ayam membolehkan industri penternakan dapat beroperasi secara normal dengan harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan serta menjamin bekalan pasaran dapat diteruskan.
Apabila keputusan menarik balik subsidi ayam , ramai menjangkkan akan berlaku kenaikan mendadak harga ayam namun belaku sebalikya malahan ada di sesetengah temapt harga ayam turun di bawah harga syilin RM9,40/kg.
Tinjauan mendapati di Pasar Balok Kuantan dijual RM9.40 sekilogram lebih rendah berbanding harga sebelum ini, RM10.40. Harga tertinggi ayam yang dikesan setelah diapungkan semalam dalam pemeriksaan setakat 1 tengah hari adalah RM11 per kilogram (kg) dan terendah RM6.49 per kg.
Berlaku kenaikan harga RM11 per kg itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu manakala Mari-Mari Supermarket di Mersing, Johor menjual pada harga RM6.49 per kg.
Dalam pemeriksaan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, 68 premis atau 4.6 peratus daripada keseluruhan 1,484 premis yang diperiksa di Semenanjung Malaysia menjual ayam pada harga lebih tinggi daripada harga siling yang pernah ditetapkan sebelum ini iaitu RM9.40 per kg.
Turun dan naik harga adalah perkara biasa dan mempunyai mekansme tersendiri jika berlaku peniaga menaikkan harga sesuka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Cuma yang luar biasa bila subsidi di tarik harga turun dan pembangkang mengakui kejayaan kerajaan menangani kos sara hidup yang menjadi modal politik sejak zaman berzaman sebagai pembangkang.
Malaysia merupakan antara negara pengguna daging ayam tertinggi di dunia dengan penggunaan per kapita tahunan 46.8 kilogram (kg.) dan dijangka mencapai 50 kg. menjelang 2025.
Hebatnya ayam diperlukan oleh ramai pengguna, apa yang tidak hebat apabila ada pembangkang Cap Ayam di Malaysia.
Bagai ayam mati di atas padi, kita jangan miskin idea di tempat yang makmur seperti negara kita sebagaimana pembangkang di Malaysia yang miskin idea tetapi kaya dengan prasangka.
Apa Reaksi Anda?











