PAS PANIK BILA BERSATU BONGKAR CERITA SEBENAR
PAS hari ini nampak makin panik bila BERSATU mula buka satu per satu cerita sebenar di belakang kemelut dalam Perikatan Nasional.
Selama ini PAS sibuk main persepsi kononnya BERSATU punca masalah PN. Tapi bila BERSATU jawab dengan fakta, kronologi dan bukti komunikasi antara pimpinan, terus nampak siapa sebenarnya yang gagal bertindak matang.
Isu Negeri Sembilan paling jelas membuktikan sikap PAS. Bila UMNO kekal bersama PH, BERSATU cuba hubungi PAS berkali-kali untuk bincang pendirian bersama. Tapi PAS diam membisu. Bila BERSATU buat keputusan demi elak PN dilihat mesra PH, PAS pula tuduh BERSATU bergerak solo.
Nak bincang tak jawab. Nak beri pendirian tak berani. Bila keputusan dibuat, terus main media. Inikah politik matang yang PAS bangga sangat?
Dalam isu Perlis pula, PAS cuba main sentimen “khianat” sedangkan pelantikan Menteri Besar adalah kuasa Raja Perlis. Bila Tuanku titah kedua-dua parti kemuka nama calon, BERSATU patuh dan hormat institusi diraja.
PAS pula sampai sekarang masih sibuk nak salahkan orang lain sebab gagal pertahankan kedudukan sendiri. Lebih memalukan bila Presiden PAS sendiri gagal hadir sesi menghadap yang telah ditetapkan. Lepas itu mahu bercakap soal pengkhianatan pula.
PAS sebenarnya semakin sukar menerima hakikat bahawa mereka bukan “tuan besar” dalam PN.
Semua benda PAS mahu kawal. Semua keputusan mesti ikut kehendak PAS. Bila tak dapat apa mereka mahu, mula ugut kaji semula hubungan dan buka cerita dalam media.
Ini bukan sikap sebuah parti yang ikhlas mahu memperkukuh gabungan. Ini perangai parti yang gelojoh kuasa.
PAS juga jangan terlalu angkuh bercakap soal jentera pilihan raya. Rakyat belum lupa bagaimana ramai calon PN menang dahulu kerana gelombang Muhyiddin dan sentimen nasional, bukannya sebab kekuatan PAS semata-mata.
Hakikatnya PAS kuat di kawasan tertentu sahaja. Di kawasan bandar, campuran dan pengundi sederhana, PAS tetap perlukan wajah lebih moderat untuk menarik sokongan rakyat.
Sebab itu PAS mula gelabah bila BERSATU semakin lantang dan tidak lagi tunduk kepada tekanan mereka.
Selama ini PAS cuba nampak kononnya paling suci dalam PN. Tapi sekarang rakyat boleh nampak sendiri siapa yang suka bermain politik belakang tabir, siapa yang gemar membuka aib rakan sendiri dan siapa yang cuba menjadi “abang besar” dalam gabungan.
Bila dalam gabungan sendiri pun penuh ugutan, sindiran dan serangan terbuka, rakyat makin yakin bahawa PN sebenarnya rapuh dan hanya menunggu masa untuk retak lebih besar.
Apa Reaksi Anda?











