“120 SD acah acah saja” Raja Petra buat pusingan U

Oleh : ANAK CILI
Januari 11, 2024 - 13:21 MYT

Siapa tidak kenal Raja Petra memang akan mudah termakan hasutan dari seorang blogger upahan yang memilih London sebagai tempat persembunyian. Penulis bacul yang bersembunyi di luar negara  seperti Raja Petra merasakan bebas menulis mahupun muncul dalam video propaganda.

Generasi Z terutamanya hanya menelan apa yang viral , apatah lagi anak anak muda yang baru belajar mengenali politik dan bersunat menggunakan laser tidak mengenali siapa sebenarnya Raja Petra dan keterlibatannya sebagai penulis upahan.

Cuma sangat kasihankan penyokong PN terutama PAS yang sudah memasang angan angan untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap. Kononnya berjuang melalui demokrasi dengan menjadikan pilihanraya sebagai ukuran sokongan tetapi hakikatnya selepas keputusan pilihanraya diperolehi mereka tidak akur dengan kehendak rakyat.

Sokongan kepada PAS sebenarnya sudah sampai ke siling dan ianya diakui oleh Pengerusi Bersatu Muhyidin Yasin. PAS hanya akan mampu menguasai empat negeri sahaja iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. PN hampir pasti tidak akan dapat menguasai negeri negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak terutama kerusi Parlimen yang menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan.

Justeru itu blogger bloger upahan seperti Raja Petra digunakan untuk meyakinkan rakyat terutama penyokong PN yang sudah mula hilang keyakinan akan pertukaran kerajaan yang berlaku sebagaimana Langkah Dubai melalui 120 SD yang kononnya di kemukakan oleh Raja Petra.

Akhirnya setelah kantoi pembohongan 120 SD Ahli Parlimen yang tidak menyokong PMX , Raja Petra keluarkan kenyataan bahawa ianya hanya senarai SD “acah acah sahaja”.

Masih mahu percayakan Raja Petra..? 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow