PAS tolak cadangan Agong bentuk Kerajaan Perpaduan bukti PAS khianat Melayu

Oleh : ANAK CILI
Januari 30, 2024 - 21:20 MYT

Hari ini genap lima tahun penggal pemerintahan KDYMM Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Perrtuan Agong. Selama itu , rakyat melihat bagaimana peranan yang di mainkan oleh Baginda sebagai Ketua Negara serta peripentingnya Institusi Raja yang menjadi tonggak pemerintahan negara.

Sepanjang tempoh itu , Baginda telah memperlihatkan kebijaksanaan seorang Raja berhadapan dengan ketidaktentuan politik. Selepas PRU ke 15 yang menyaksikan tiada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, Baginda telah memanggil kesemua Ketua parti bagi menyelesaikan kebuntuan siapakah yang layak untuk dipilih sebagai Perdana menteri dan membentuk Kerajaan.

Tentu sahaja rakyat mendengar banyak versi bagaimana konflik pembentukan kerajan di lakukan tanpa ada satu parti yang mendapat majoriti selepas pilihanraya ke 15. Temuabual Baginda bersama Astro Awani mengesahkan sendiri versi manakah yang mempunyai krebiliti serta pihak manakah sebenarnya yang mementingkan diri sendiri berbanding kepentingan agama , negara dan bangsa.

Tuanku secara jelas menjelaskan bahawa setiap pemimpin parti termasuk Muhyidin Yasin mewakili parti Bersatu dan Hadi Awang mewakili PAS telah di cadangkan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bersama lain lain parti tetapi menolak cadangan Baginda.

Adakah PAS dan Bersatu parti yang dikatakan boleh menjaga Islam dan Melayu di sebalik kempen mereka yang kononnya hanya merekalah yang akan kononnya akan memperjuangkan agama, bangsa melayu dan mempertahankan Institusi Raja ? Langsung tidak menghormati Baginda dengan bertolak ansur dengan mengenepikan sentimen politik demi kebaikan semua?

Dalam adat Melayu yang sudah dipraktiskan sejak sekian lama , cadangan seorang Raja adalah “Titah”yang tidak boleh di sanggah. Benar, konsep raja berpelembagaan memberikan peranan serta bidang kuasa tertentu tetapi rakyat pelu melihat tindak tanduk PAS dan Bersatu yang menyanggah cadangan Baginda Tuanku adalah satu bentuk tindakan melampau.

Tetapi anihnya , setiap kali ada permasalahan selepas tidak dipilih sebagai Kerajaan maka berbondong bondong membawa pengikut masing masing ke Istana Negara. Berkumpul untuk menyerahkan pelbagai memorendum kepada Baginda Tuanku tetapi apabila Tuanku bertitah supaya duduk sama sama dalam Kerajaan perpaduan mereka menolak.  PAS hanya menjunjung tinggi Istana bila ada keperluan tetapi sebaliknya berlaku jika agenda politik mereka tidak kesampaian.

PAS dan Bersatu adalah pengkhianat Melayu sebenar yang tidak tahu menghormati Institusi raja yang sudah lama berakar tunjang dalam sistem politik negara ini. Mereka mencalar imej Islam dengan perlakuan tidak taat kepada Ulul Amri yang telah dipilih memimpin negara ini.


Baginda kini sudah kembali ke Pahang. Baginda ada pengalaman apa yang telah berlaku di Putrajaya pastinya suatu pengalaman berharga. PAS jangan ingat tindakan Hadi Awang menolak cadangan Baginda Tuanku suatu yang bijak. Kita pernah lihat bagaimana sikap biadap PAS terhadap Istana seperti ketika krisis perlantikan MB Perak Nizar Jamaludin. PAS jangan mendabik dada sebagai pelindung kepada orang Melayu ,Islam dan Institusi Raja.

Mana mungkin sejarah pengkhianatan PAS terhadap kepentingan orang Melayu  boleh dilupakan begitu sahaja. Apatah lagi dalam menjaga kesucian agama Islam yang diperkudakan mengikut selera politik memperlihatkan belang sebenar PAS .

PAS yang sombong dan takabur, dah “cukup jumeloh”? tidak. Tetapi mereka cukup dengan helah.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow